Kerajaan DAP Pulau Pinang berdepan dengan skandal projek mega billion ringgit wang rakyat dalam bentuk projek terowong hingga ke skandal jutaan ringgit ruang basikal yang dicat hijau!
Anda baca laporan di bawah:
"Belum habis rakyat kecewa dengan pembaziran projek ‘facelift’ (ubah suai ringan) pintu gerbang dengan nilai RM9.8juta kini muncul pula projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4j,” kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menerusi kenyataannya.
Menurut Chegubard lagi, ia sebahagian yang tercatat dalam belanjawan Selangor.
“Sebenarnya belanjawan Selangor banyak perkara dan perbelanjaan pelik malangnya ADUN khususnya Pembangkang memainkan peranan sebaik mungkin maka banyak perbelanjaan pelik terlepas begitu sahaja.
Contohnya perbelanjaan melampau untuk hanya projek ‘facelift’ atau ubahsuai ringan Gerbang Darul Ehsan terlepas dari pertikaian dewan begitu sahaja sehingga ia membazirkan wang rakyat RM9.8j. Namun setelah ramai mempertikaikan maka muncul pula istilah wang tersebut akan dibayar semula dengan wang kutipan derma.
“Malah Kerajaan Selangor menyebut seolah terpaksa melakukan projek dengan nilai tak munasabah hanya kerana permintaan Istana. Untuk rekod saya telah menjawab secara penuh jawapan balas seorang ADUN Selangor membela pembaziran tersebut dan dua buah persatuan kontraktor dominan juga telah membuat kenyataan mempertikaikan jumlah yang sangat tinggi untuk projek ubah suai ringan pintu gerbang,” katanya.
Beliau juga menegaskan Persatuan Kontraktor yang juga menyatakan RM9.7 juta untuk ‘facelift’ pintu gerbang itu tidak masuk akal.
Katanya, terbaharu hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek untuk menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta.
Baca laporan seterusnya : KLIK SINISHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "LAGI SKANDAL KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG DIBONGKAR !"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?