Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

HIPOKRIT PEMBANGKANG & TPM ZAHID HAMIDI BIDAS BEKAS PEMIMPIN KERAJAAN !!

Seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh. 
Bernama melaporkan bahawa penangguhannya :
1. sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri. 
2. membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori. 
3. akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan. 
4. pekerja asing yang tidak ada dokumen atau tinggal lebih dari tempoh dibenarkan, mereka akan ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal.
Media juga melaporkan kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi bahawa selaras dengan hasrat itu, tindakan penguatkuasaan akan ditingkatkan secara besar-besaran.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1217051
Yang melampaunya ialah sikap buruk sesetengah pihak terutamanya Pembangkang. Mereka cuba menangguk di air yang keruh apablla mengkritik keputusan kerajaan menangguh pengambilan pekerja asing. Padahal sebelum ini, mereka yang bising mengumpat kerajaan kerana pelan mengambil pekerja asing Bangladesh!

Sikap hipokrit Pembangkang ini sangat memualkan.

Malah, ada pihak dalam parti sendiri yang menyindir penangguhan tersebut, satu sikap yang tidak sepatutnya berlaku kerana kita tahu bahawa kerajaan adalah satu pihak yang sangat prihatin dan mendengar suara rakyat.

Ahmad Zahid Hamidi berkata:
Zaman kerajaan tahu semua perkara, atau betul dalam semua tindakannya sudah berlalu dan kepimpinan sekarang bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan ramai, malah sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Media juga melaporkan kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat.
Katanya pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.  
 TPM juga membidas sesetengah pihak dalam media sosial yang berniat jahat.  
Menurutnya, mereka ini melakukan analisis dengan niat tersendiri, melakukan perancangan media, membuat fitnah, berusaha mencipta suatu imej yang amat negatif terhadap kerajan, semata-mata untuk melakukan tindakan mencemarkan reputasi. 
"Mereka mahu gambarkan bahawa setiap tindakan kerajaan itu sentiasa tidak betul. Ini tidak adil," katanya dan menambah mereka tidak seharusnya melihat yang negatif sahaja, sedangkan segala tindakan positif kerajaan diketepikan begitu sahaja.
Kita dapat mengagak pihak mana yang dimaksudkan itu. Di antaranya ialah portal-portal pro-pembangkang yang selama ini bebas memutarbelitkan berita dan menabur fitnah memburuk-burukkan kerajaan BN. Begitu juga dengan RBA DAP dan juga cybertroopers Pakatan Pembangkang yang lain.

Menteri Sumber Manusia bersetuju dengan kenyataan awal Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menjelaskan bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Dhaka, Bangladesh tidak menetapkan sebarang angka pekerja yang akan dibawa masuk ke negara ini.
"Jumlah yang akan dibawa masuk bergantung kepada permintaan daripada pihak majikan - seterusnya
Sebelum ini pula, MiM telah mempersoalkan sikap majikan industri, persatuan dan dewan perniagaan yang kurang bersuara menjustifikasikan permintaan mereka untuk mendapatkan tenaga pekerja asing. Dan mereka patut menjelaskan isu ini. MiM yakin mereka mempunyai data-data peratusan turn over pekerja dan permaslahan mereka dalam isu pekerja yang perlu dikongsi kepada rakyat..
http://novandri.blogspot.com/2016/02/bawa-masuk-pekerja-bangladesh-adik-tpm.html
Ironinya, pihak-pihak industri, persatuan dan dewan perniagaan hanya bersuara tentang keperluan pekerja asing setelah kerajaan menangguh cadangan tersebut. 

Di manakah mereka ketika kerajaan dihentam dan dikritik kerana mahu memenuhi keperluan tenaga pekerja mereka?




SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "HIPOKRIT PEMBANGKANG & TPM ZAHID HAMIDI BIDAS BEKAS PEMIMPIN KERAJAAN !! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?