Lim Guan Eng DAP sekali lagi menjadi topik panas perbualan dan kritikan rakyat. Isunya ialah mengenai tindakan Lim Guan Eng DAP memalukan 2 ADUN PKR dengan melucutkan jawatan GLC kerajaan negeri mereka.
Dan walau pun kita semua tahu suara Pemuda PKR ibarat bunyi lalat yang pasti tidak membawa sebarang kesan dalam isu ini, mereka cuba juga membidas Lim Guan Eng DAP dengan berkata tindakan pengguguran ini melambangkan pimpinan Lim sebenarnya berat sebelah dan bersifat autokrat.Azmin Ali pun merungut tetapi di manakah suara Wan Azizah, Presiden PKR? Tidur? Ternganga tidak tahu?
Dan takkan kerajaan PKR diam tidak bertindak balas? Akan ada ADUN DAP Selangor yang bakal menerima nasib yang sama, itu pun jika Azmin berani?
MiM juga merujuk kepada laporan portal pro-pembangkang tentang omongan Lim Guan Eng DAP yang berkata kononnya 'tradisi untuk semua parti dalam gabungan Pakatan tidak masuk campur dengan hal ehwal negeri yang ditadbir'. Kononnya, 'ada persefahaman yang dihormati'.
Dan kita baca kenyataan Guan Eng DAP yang seterusnya:
"Pernah anda lihat saya komen mengenai perkara berkaitan negeri yang ditadbir parti Pakatan lain? Saya hanya cakap mengenai Kelantan selepas PAS berundur daripada Pakatan.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-pulau-pinang-perlu-ikut-keputusan-negeri-guan-eng-ingatkan-azmin#sthash.3MgZYSj3.dpufPersoalannya, apakah benar Setiausaha Agung DAP ini 'tidak pernah komen kerajaan Pakatan', 'hanya bercakap mengenai Kelantan selepas PAS berundur daripada Pakatan' atau beliau menipu dan berbohong kepada rakyat?
Guan Eng DAP mungkin ingat rakyat ini bangang dan senang lupa!
Sebelum ini media pro-pembangkang telah melaporkan kenyataan Lim Guan Eng yang mengkritik kerajaan PKR Selangor!
Guan Eng membuat kenyataan menyatakan semua 15 ADUN DAP Selangor telah menyokong Azmin Ali dan “kesal” dengan tindakan empat Exco PAS yang tidak meletakkan jawatan sebagai tanda perpaduan bersama enam Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Khalid sebelum ini.
https://www.malaysiakini.com/news/275495Pada 29 Januari 2015 pula, Ketua Pemuda PAS Kelantan telah menulis membidas kenyataan melampau dan angkuh Lim Guan Eng DAP yang mengkritik kerajaan PAS Kelantan. Di antara kenyataan DAP ialah :
Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja!
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/lim-guang-eng-perlu-betulkan-fakta-ahmad-fadhli-shaari#sthash.G0cLReER.dpufMedia bertarikh 1hb Februari 2015 pula melaporkan :
Ahmad turut menyifatkan tuduhan Guan Eng terhadapnya itu terlalu serius kerana baginya orang yang melihat dengan mata kasar sahaja tidak akan merasai apa yang sebenarnya dialami oleh mereka yang memikul tanggungjawab sebagai pihak pelaksana amanah kepada rakyat.
Ahmad, yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Ahmad juga menegur Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak lantang serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dilihat bertentangan dengan semangat kerjasama dalam PR
Ditanya mengenai kelantangan Guan Eng yang dilihat banyak mengeluarkan kenyataan mengkritik rakan dalam PR itu, Ahmad mengakui tentang sikap pemimpin tersebut.
http://www.sinarharian.com.my/politik/mb-kenyataan-guan-eng-tuduhan-berat-1.356073Realitinya, CEC DAP dalam mesyuaratnya telah memutuskan PR tidak wujud lagi hanya pada tarikh 15 Jun 2015!
Pengkhiatan Hadi ini diikuti keputusan besar pada 6 Jun 2015 apabila Muktamar PAS, perhimpunan agung yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti tersebut, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.
CEC DAP menerima usul Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud
http://dapmalaysia.org/statements/2015/06/16/21139/3 laporan berita dan keputusan CEC DAP di atas membuktikan bahawa Lim Guan Eng DAP sebenarnya pernah mengkritik kerajaan PKR Selangor dan juga menghina kerajaan PAS Kelantan ketika parti PAS masih lagi dalam Pakatan Rakyat (PR).
Bukankah Lim Guan Eng DAP telah berbohong dan menipu rakyat??
Kita tunggu respons Guan Eng DAP, itu pun jika beliau berani menjawab.
Amat memalukan!
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "OOPPSSS ...... LIM GUAN ENG DAP KANTOI MENIPU ISU 2 ADUN PKR DIPECAT?"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?