Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

DENDAM DAP PERLEKEH ADUN-ADUN PKR & HINA PEMUDA PKR

Nampaknya, isu cocky dan arrogant Lim Guan Eng memecat 2 ADUN PKR daripada agensi GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyerlahkan dendam dan isi hati DAP terhadap PKR.
Yang terbaru ialah kenyataan DAP Batu Kawan, Pulau Pinang. Kita tahu ianya hanya sekadar membodek boss mereka. Mereka telah mengutuk pemuda PKR kerana mengkritik Lim Guan Eng.  

DAP Batu Kawan melabelkan pemuda PKR sebagai tidak matang. Dalam masa yang sama, sekarang yang terdedah ialah sikap DAP yang sebenarnya meluat dengan tindakan ADUN PKR Penanti yang telah memalukan Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri. 
Apa yang tidak matang lagi ialah, ADUN pergi ke Dewan Undangan Negeri dan menangis bagaikan Kerajaan Negeri menindas sesuatu kawasan itu, apabila isu-isu yang dibawa adalah isu remeh temeh yang boleh diselesaikan dalam peringkat JKKK atau Majlis Perbandaran sahaja. 
Kami berharap, sebelum menyoal, menyelar Ketua Menteri Lim Guan Eng, pemuda PKR harus mengajukan soalan kepada kepimpinan mereka tentang kematangan politik. 
Sebelum bersyarah tentang kematangan politik, Pemuda PKR harus mencadangkan kepimpinan mereka untuk membimbing ADUN-ADUN PKR di Pulau Pinang untuk berkhidmat lebih efektif. 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/02/23/adun-pkr-ibarat-budak-merajuk-tak-dapat-gula-gula/
Begitu pedas sekali kritikan DAP terhadap pemuda PKR dan ADUN-ADUN PKR. 

Tetapi ianya juga telah menyerlahkan kebangangan DAP Batu Kawan yang tidak faham isu yang sebenarnya berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri yang menyebabkan ADUN-ADUN PKR itu dipecat oleh Lim Guan Eng. 

Isunya tidak ada kena mengena langsung kononnya Barisan Nasional mahu 'memburukkan imej Kerajaan Negeri DAP'.
Isu yang dibawa BN ialah suara rakyat yang amat risau dengan projek-projek penambakan laut yang membawa impak yang buruk terhadap persekitaran dan juga merosakkan pendapatan ratusan nelayan Pulau Pinang.



MiM jangka pemuda PKR dan ADUN-ADUN PKR akan chicken out dan tidak mungkin akan berani menghentam balik DAP Batu Kawan walau dihina sedemikian rupa. 

Tambahan pula, seluruh kepimpinan tertinggi PKR amat kecut dan takut kepada Lim Guan Eng DAP. 

Sungguh memalukan.


Anda baca juga analisis ini : KLIK SINI




SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "DENDAM DAP PERLEKEH ADUN-ADUN PKR & HINA PEMUDA PKR "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?