Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

2 TERBELAH DI PULAU PINANG - BAJU 'KURANG KAIN' BINI LIM GUAN ENG & ……….

Pada awalnya, Lim Guan Eng DAP dikaitkan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh penjilat-penjilat beliau. Sekarang, Betty Chew seperti kurang kain dan berpakaian terdedah serta tidak kena dengan umur dan jawatan suami beliau. 
Adalah amat tidak kena seorang isteri Ketua Menteri negeri berpakaian terdedah begini. Kita tidak akan menegur jika Betty berpakaian sedemikian di rumah mereka tetapi di majlis yang dihadiri oleh ramai orang?

Rupanya, bukan pakaian isteri Ketua Menteri Pulau Pinang sahaja yang terbelah. Ada lain yang terbelah di dalam Pakatan Pulau Pinang. 
Dua wakil rakyat PKR yang berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri November lalu, telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC). 
ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Sementara itu, ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera. 
https://www.malaysiakini.com/news/331071
Yang cocky dan arrogant nya kenyataan 'tokong' DAP itu apabila Lim Guan Eng berkata, jawatan itu dilantik di bawah syarikat-syarikat di mana beliau menjadi pengerusinya.
"Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya bila saya jadi pengerusi," kata Lim.
Guan Eng DAP juga mendakwa kedua-dua ADUN PKR ini menikam dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.
"Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat," kata Lim.
Norlela Ariffin, ADUN PKR Penanti terlepas daripada tindakan 'diktator' DAP, mungkin kerana DAP tidak mahu ADUN PKR ini menangis meronta sekali lagi! 

Sebelum ini, ADUN PKR telah memalukan dan menjatuhkan maruah Lim Guan Eng apabila Norlela menangis di dalam Dewan Undangan Negeri kerana segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidak didengari kerajaan DAP.  
Ditanya jika ini akan menjejaskan hubungan DAP-PKR di Pulau Pinang, Lim berkata beliau tidak ada sebarang masalah dengan pemimpin PKR lain seperti Rashid, Timbalan Speaker DUN dan ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee, atau Lee, yang masih memegang jawatan pengarah di salah satu GLC negeri.
Jika begitu jawapannya, apakah Lim Guan Eng DAP berdendam dengan Mansor Othman, Pengerusi PKR negeri yang sebelum ini melabel Setiausaha Agung DAP ini sebagai 'tokong' , cocky dan arrogant?
Video tokong, cocky dan arrogant : https://youtu.be/QlFfEKZkMgM?t=8s
Dan apakah yang mampu dilakukan oleh Wan Azizah, Presiden PKR dalam isu ini?

Bising sekejap dan tiada apa-apa selepas itu atau menyerahkan orang lain untuk buat bising?

Satu lagi persoalan, takkanlah tindakan Lim Guan Eng DAP memecat ADUN PKR ini terlepas dan dibiarkan begitu sahaja sedangkan puak DAP bertubi-tubi menghina dan memburuk-burukkan PAS dan UMNO dalam isu kepimpinannya?




SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "2 TERBELAH DI PULAU PINANG - BAJU 'KURANG KAIN' BINI LIM GUAN ENG & ………. "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?