Kononnya adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hakim Hamidi terlibat untuk menyediakan tenaga kerja asing Bangladesh ke Malaysia.
Beliau kononnya terlibat sebagai perantara di antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia, dakwa sesetengah pihak. Seperti dijangka, segala dakwaan itu hanya satu fitnah pihak yang mengambil peluang sengaja mahu memburuk-burukkan DS Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Abdul Hakim, Pengerusi Real Time Networking Sdn Bhd, syarikat beliau hanya berhasrat untuk menyediakan sistem pengurusan pekerja asing sambil menegaskan cadangan perisian tersebut merupakan kerjasama dengan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) dan ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak kerajan di Malaysia.
Saya pada awalnya memang berhasrat untuk menyediakan satu perisian kepada pihak NGO di Bangladesh atas dasar untuk membantu mereka (pihak Bangladesh) agar seleras dengan teknologi yang digunakan di negara ini.
“Ia (perkhidmatan perisisn yang disediakan itu) langsung tidak ada kena mengena dengan pihak kerajaan, agensi ataupun NGO yang berada di negara ini” katanya ketika wawancara eksklusif bersama SuaraTV.
Abdul Hakim turut menjelaskan isu yang dibangkitkan itu hanya merupakan persepsi pihak-pihak tertentu - seterusnyaSebelum ini, MiM telah menulis artikel tentang isu 1.5 juta pekerja Bangladesh. Di antaranya:
1. Konsepnya ialah supply & demand di mana kemasukan pekerja Bangladesh tertakluk ke atas permintaan industri, persatuan dan dewan perniagaan.
2. HANYA akan dibawa masuk selepas menghantar pulang pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini.
3. Kerajaan juga telah memberi komitmen untuk memastikan kemasukan buruh dari Bangladesh ke negara ini, TIDAK menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
4. Bagi memastikan proses penambahbaikan pengurusan buruh asing berterusan, KDN akan melaksanakan konsep 'liabiliti ketat' bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja asing yang digajikan bermula daripada peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing dihantar pulang.
5. KDN juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan semua agensi kawal selia serta agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan pekerja asing sentiasa terkawal dan tidak memberi implikasi terhadap keselamatan dan ketenteraman negara.http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemasukan-1-5-juta-pekerja-bangladesh-tidak-bermotif-keuntungan-ahmad-zahid-79502
http://novandri.blogspot.com/2016/02/isu-14-juta-pekerja-bangladesh-yang.html
Yang penting ialah kita mahukan perlaksanaan yang transperen, mantap dan efisyen kepada perkara-perkara di atas.
MiM juga percaya Kementerian Sumber Manusia telah memikirkan pelan jangka panjang untuk membolehkan negara mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing ini.
Dalam masa yang sama, kita juga mempersoalkan sikap majikan industri, persatuan dan dewan perniagaan yang kurang bersuara menjustifikasikan permintaan mereka untuk mendapatkan tenaga pekerja asing.
Mereka patut menjelaskan isu ini.
MiM yakin mereka mempunyai data-data peratusan turn over pekerja dan permasalahan mereka dalam isu pekerja yang perlu dikongsi kepada rakyat.
ikut berdiskusi pada "BAWA MASUK PEKERJA BANGLADESH - ADIK TPM ZAHID HAMIDI DIFITNAH !"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?