Februari ini mungkin boleh dinobat sebagai bulan parti siasah mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya. Bukan kerana ramai yang dikenakan tindakan disiplin tetapi gaung kontroversinya kali ini membelah kota, desa dan belantara.
Walhal dibuang, dipecat, digantung atau dikenakan tindakan disiplin lainnya dalam sebuah parti politik adalah lumrah. Sudah banyak kali berlaku. Adakah tindakan itu satu balas dendam setelah budi diberi, jawapannya bergantung dari sudut mana ia dilihat.
Pertengahan bulan ini dalam satu tindakan balasan, ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dipecat daripada pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Puncanya kerana ADUN PKR ini mengambil sikap berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah yang dibawa oleh BN dalam sidang DUN Pulau Pinang, dua tahun lain.
Chin Wen ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Kah Peng pula ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera.
Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu dibantah PKR. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kebetulan Menteri Besar Selangor menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, PKR bertekad mempertahankan tindakan kedua-dua ADUN tersebut.
"Mereka bukan buat fitnah tetapi sebagai ADUN mereka memberikan maklum balas dan pandangan. Perkara ini perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan,” kata Azmin seperti dipetik.
Tetapi bagi Guan Eng pula, khidmat orang PKR, sekutu mereka dalam blok bernama Pakatan Harapan yang berusia lima bulan itu tidak lagi diperlukan kerana beliau sudah tidak mempunyai keyakinan kedua-duanya dapat berfungsi secara profesional dan berkesan. Alasan sama Guan Eng gunakan semasa memecat para pemimpin Pas Pulau Pinang, setelah parti Islam itu enggan tunduk kepada kemahuan DAP.
Guan Eng seperti tidak peduli dilabel angkuh dan sombong. Banyak yang nampak "kediktatoran" pentadbirannya yang memasuki penggal kedua semakin menyerlah. Ada pihak malah merasakan Guan Eng sudah keterlaluan.
Apakah Guan Eng peduli? Yang terlihat, beliau hanya mahukan kuasa penuh tanpa ada ganggu gugat termasuk daripada rakan sekutu yang mempunyai pandangan berbeza. Yang terlihat secara konsisten, Guan Eng mahu mentadbir Pulau Pinang mengikut seleranya sendiri.
Kenyataan media Azmin malah dibidas sebagai campur tangan kerajaan negeri Selangor. Guan Eng pun seperti memulangkan paku buah keras apabila membangkitkan isu "pemecatan" Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dahulu yang mendapat sokongan penuh DAP.Untuk rekod, tiada salahnya apabila Naib Presiden mempengerusikan mesyuarat tersebut :
Walaupun PKR melihat tindakan Guan Eng itu keterlaluan tetapi bagi Setiausaha Agung DAP ini, parti itu harus menyokongnya sebagaimana dahulu DAP menyokong tindakan dikenakan ke atas Abdul Khalid sehingga berlakunya pilihan raya kecil.
Tembelang
Berterusanlah perbalahan terbuka antara Guan Eng dengan pemuka-pemuka PKR, yang jarang-jarang berlaku kerana kedua-dua parti itu sebelum ini dilihat terlalu intim. Pecahlah tembelang, terbukalah aib masing-masing.
Ini sehinggakan Setiausaha Politik Azmin, Shuhaimi Shafie sanggup berkata “Lim selalu sangat memberikan persepsi terbalik atas sesuatu isu dan untuk kali ini, beliau dituntut berlaku jujur atas semangat Pakatan Harapan”.
Sebenarnya macam-macam yang boleh dibaca atas tindakan Guan Eng itu yang disusuli perang terbuka dengan PKR. Dahulu Pas yang jadi sasaran politik balas dendam tetapi setelah kemunculan satu lagi parti Melayu/Islam PAN, nampaknya PKR tidak lagi ditatang dalam dulang emas.
Walau apa pun reaksinya, apa yang dilakukan oleh DAP adalah urusan dalaman pakatan pembangkang itu. Guan Eng mempunyai hak membalas dendam atau membalas budi kerana ia masih dalam wilayah kekuasaannya.
Sebab itu, apabila ada pihak termasuk pimpinan pembangkang yang beria-ia mengulas cara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang terbaharu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilayan dalam parti, mereka perlu terlebih dahulu mencermin diri.
Inilah lumrah parti politik. Dalam mana-mana organisasi pun adalah sukar untuk bekerja satu pasukan jika ada yang enggan menuruti suara majoriti. Seperti kata peribahasa "nan elok dipakai, nan buruk dibuang."
Perdebatan malah perbalahan yang berpanjangan berkaitan urusan parti seperti ini hanya akan memperlihatkan betapa buruknya parti berkaitan diuruskan. Yang dikenakan tindakan tidak akan berpuas hati.
Yang mengambil tindakan pula bertegas ia sebagai keperluan untuk terus bergerak ke depan.
Yang lebih penting bagi sebuah parti politik untuk terus kekal berkuasa ialah kesungguhan merawat dan mengurus kepercayaan rakyat. Beban itu kian berat kerana yang perlu dirawat dan diurus itu bukan sekadar segelintir orang atau terbatas ahli parti.
Tugas parti yang menunjangi kerajaan tidak dapat lari daripada usaha bersepadu untuk menyejahterakan rakyat.
Sebab itu, segala tindakan termasuk "membersihkan" parti daripada orang yang tidak sehaluan sehingga menjejaskan haluan, lumrah dilakukan demi survival parti itu sendiri.
http://www.utusan.com.my/rencana/buang-pecat-gantung-dan-senarainya-berterusan-1.195034#sthash.aL5iU2Fg.dpuf
9.8.3 Naib-Naib Presiden.
9.8.3.1 Membantu tugas-tugas Presiden.
9.8.3.2 Mempengerusikan sidang-sidang MajlisTertinggi apabila Presiden dan Timbalan Presiden tidak hadir.
9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.Manakala di antara tanggungjawab Majlis Tertinggi UMNO
10.16 Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.Anda baca juga di antara perlembagaan parti UMNO:
20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:-
(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b) Mengikut perintah-perintah parti;
(c) Menjalankan dasar-dasar parti;
(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagitertib.20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:-
(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.Yang pastinya, UMNO dan Barisan Nasional hanya ada kurang daripada 30 minggu untuk memastikan partinya kembali fokus dan memperkuatkan barisan terutamanya media sosial mereka.
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "BUANG , PECAT , TEMBELANG DAP & ISU UMNO !!"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?