Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

JAWAPAN PELIK LIM KIT SIANG TENTANG ISU ISRAEL TAWAR RM1.2 BILION !

MiM merujuk kepada omongan veteran tua DAP bernama Lim Kit Siang di dalam PenipuKini RoketKini : http://www.roketkini.com/2016/02/20/dap-50-tahun-ke-mana-harus-kita-mengorak-langkah/

Tidak ada apa-apa yang menarik tentang omongan kroni tegar Lim Guan Eng DAP ini selain daripada adegan menuding jari pada parti lawan terutamanya parti UMNO.
DAP ditubuhkan 50 tahun yang lalu dan Kit Siang mendakwa kononnya 'parti rakyat Malaysia'. 

Kita yang berfikiran waras akan tersenyum sinis apabila Lim Kit Siang DAP melabelkan partinya sebagai 'parti perkauman yang sejati' padahal pemimpin Cina DAP menguasai parti dan struktur kepimpinan CEC DAP amat jauh dari realiti peratusan kaum di negara ini. 

Malah, perlantikan kepimpinan tertinggi DAP adalah tidak demokratik kerana ianya dijawat oleh calon nombor 5 dan menurun undinya semasa pemilihan semula CEC DAP.

Tetapi, itulah DAP. Mereka tebal kulit dan tiada malu berulang-ulang menabik dada kononnya demokratik, telus, transperens atau pun anti-rasuah. 

Padahal sebelum ini, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP salah satunya disebabkan amalan rasuah dalam parti DAP yang cukup teruk.

Tunku Abdul Aziz juga berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti DAP sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP melaungkan slogan anti-rasuah. 

Video : http://novandri.blogspot.com/2016/01/rahsia-parti-3-orang-ini-sangat.html
Dan sehingga ke hari ini, DAP masih takut untuk menyaman Tunku Aziz di atas pendedahan beliau dan kegagalan DAP itu membawa maksud bahawa amalan rasuah memang cukup teruk dalam parti chauvinis itu. Sungguh memalukan!

Lebih memalukan dan mendatangkan lebih banyak persoalan ialah cara Kit Siang DAP menjawab isu Israel menawarkan dana RM1.2 bilion kepada DAP untuk PRU13, isu panas yang telah merobak maruah parti itu.

Seperti dijangka, veteran tua DAP itu menafikannya. Tetapi ianya pelik apabila beliau menulis menafikan 'Israel memberi tawaran RM1.2 bilion untuk membuka pengkalan tentera laut di Port Dickson'.

Pelik…..lain yang ditanya, lain pula yang dijawab! 


1. Persoalan yang rakyat mahukan jawapan daripada DAP ialah isu Israel menawarkan RM1.2 bilion kepada DAP untuk PRU13! 

2. Kenapa Kit Siang DAP berbelit-belit dan tidak memasukkan ayat 'untuk PRU13' di dalam kenyataan beliau tentang isu Israel ini?

Yang lebih pelik dan semakin mendatangkan curiga rakyat ialah 'jawapan' Kit Siang yang seterusnya:  
Bagaimana kita harus menepisnya? Bagaimana kita harus mematahkannya?
Soalan rakyat diakhiri dengan satu lagi soalan? 

Come on …… who are you trying to fool, old man?

Takkan veteran politik DAP ini tidak tahu apa yang mahu dilakukan padahal rakyat telah mencabar DAP supaya menyaman Mohd Zuhdi Marzuki PAS dan juga Mohd Razali Abdul Rahman, sumber yang mendedahkan buruk laku dan betapa jijiknya parti chauvinis DAP.

Sehingga ke saat ini, DAP amat takut untuk menyaman mereka dan juga 2 bekas pemimpin DAP lain yang telah menelanjangkan parti DAP hingga tahap yang memalukan dan tidak mampu ditepis oleh kepimpinan DAP.
http://novandri.blogspot.com/2016/01/rahsia-parti-3-orang-ini-sangat.html
Penglibatan parti DAP di dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969 juga gagal diterangkan dan dinafikan oleh Lim Kit Siang DAP. Sebaliknya, veteran tua DAP itu hanya mahu membersihkan nama beliau sahaja dan bukannya parti DAP secara keseluruhannya.

Kepada Kit Siang DAP ……. jangan dikira semasa berlaku peristiwa itu sahaja. Itu amat mengelirukan. Walau pun Kit Siang DAP berada di Sabah, beliau tidak boleh 'cuci tangan' begitu sahaja. 

Di manakah Kit Siang sebelum dan selepas berlakunya peristiwa berdarah itu? Apakah Kit Siang DAP tidak terlibat dalam perancangan DAP?

Yang pastinya, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin muda DAP ketika itu. 

Malah, beliau tidak meletak jawatan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sebagai tanda protes penglibatan parti DAP dalam peristiwa yang paling rasis dalam sejarah negara yang tercinta ini.

DAP tidak pernah meminta maaf kepada rakyat kerana 13 Mei 1969. Dan gelaran yang terpalik pada parti DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam melekat hingga ke hari ini.     

Parti PAS sudah menerima penangan kotor DAP. Yang terbaru, 2 ADUN PKR Pulau Pinang telah dipecat dari jawatan GLC kerajaan DAP negeri.  

Mereka adalah di antara ADUN Pakatan yang tidak membantah usul ADUN BN semasa Mesyuarat ADUN baru-baru ini. ADUN BN telah mengusul untuk membantah projek tambak laut kerajaan DAP.

Lihatlah betapa ganasnya parti DAP bersikap diktator dan menghukum pihak yang mengkritik mereka! Takkan PKR dan sesetengah rakyat masih tidak faham lagi betapa mudaratnya politik yang dibawa oleh parti chauvinis ini. 

Dan kita percaya, hanya mereka yang liberal dan tidak mahu tahu sejarah hitam parti DAP sahaja yang akan menyokong parti itu. Tetapi kita jangan putus asa.

Kita mesti terus memperingatkan rakyat supaya tidak lagi terjerumus dalam perangkap parti DAP yang penuh dengan pembohongan, korup, diktator, anti-Islam dan rasis yang teruk!

PRU14 adalah masanya untuk rakyat menolak parti DAP!



SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "JAWAPAN PELIK LIM KIT SIANG TENTANG ISU ISRAEL TAWAR RM1.2 BILION !"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?