Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

SEBAB PORTAL PRO-PEMBANGKANG THE MALAYSIAN INSIDER DISEKAT !

Sebelum ini, MiM acap kali memberi amaran tentang putar lbelit dan manipulasi portal-portal pro-pembangkang seperti The malaysian Insider dan MalaysiaKini. Dan seperti yang kita semua sedia maklum, portal pro-pembangkang Malaysian Insider telah disekat aksesnya.
SKMM menyatakan bahawa portal pro-permbangkang itu telah mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Akta 588 Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
SKMM juga memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.

Ini kerana tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini.


Pembangkang terutamanya DAP akan membebel kononnya tindakan ini melanggar kebebasan bersuara dan pelbagai lagi tuduhan. Padahal, mereka terutamanya DAP yang amat teruk menghukum rakan politik sendiri yang bersuara menentang pendirian mereka.

2 ADUN PKR yang dipecat jawatan GLC negeri oleh Lim Guan Eng adalah contoh yang terbaru. 
http://novandri.blogspot.com/2016/02/yang-sebenarnya-2-adun-pkr-dipecat.html  
Untuk pengetahuan kita semua, terdapat 282 Seksyen di bawah Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 
http://www.skmm.gov.my/FAQs/Online-Content-Problems/2-What-is-MCMC-s-jurisdiction-in-addressing-compla.aspx?lang=ms-MY
Yang relevan dengan isu portal pro-pembangkang ini ialah di bawah:
Seksyen 233: Penggnaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll. 
(1) Seseorang yang – 
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan(ii) memulakan penghantaran, 
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau  
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, 
adalah melakukan suatu kesalahan. 
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Ironinya, portal pro-pembangkang telah menggunakan link baru setelah link asal disekat! Harap SKMM dapat juga menyekat akses baru itu. 

Sebelum ini, portal kaki fitnah Sarawak Report telah disekat aksesnya kerana melanggar Seksyen 233 dan juga Seksyen 211.
211. Larangan terhadap pemberian kandungan jelik 
(1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.  
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Di dalam satu kenyataan, SKMM berkata, akses ke laman Sarawak Report disekat mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana melanggar Syeksen 211 dan Syeksen 233.

Yang terbaru, media melaporkan bahawa pihak polis akan menyiasat satu laporan Malaysian Insider mengenai syor yang dikatakan dibuat oleh Panel Penilaian Operasi SPRM. 
Ketua Polis Negara berkata, ketua pengarang Malaysian Insider akan dipanggil berhubung siasatan itu.

Di bawah ialah kenyataan Panel Penilaian Operasi tentang laporan portal pro-pembangkang Malaysian Insider yang merujuk kepada sumber yang tidak dinamakan:
Kami, seperti yang bertandatangan di bawah, merupakan Pengerusi dan dua orang ahli Panel Penilaian Operasi (Panel) yang menasihati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak terlibat mengenai kandungan laporan akhbar bertajuk “Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee” (Artikel) yang diterbitkan The Malaysian Insider awal hari ini. 
Kami difahamkan bahawa kenyataan berkenaan dipetik dari seorang ahli panel yang tidak dinamakan, sebagai sumber bagi pelbagai kenyataan yang dikaitkan dengan Panel. 
Kami ingin menegaskan bahawa tiada sumber yang tidak dinamakan diberi kuasa untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak Panel; dalam apa jua keadaan. 
Dengan ini, kami menjelaskan bahawa tidak ada langsung penglibatan dalam mengaitkan sumber tidak bernama dengan kenyataan.

Kami juga ingin menambah bahawa pihak Panel tidak pernah menyatakan bahawa “Ada bukti untuk mendakwa Najib ke atas SRC seperti mana yang dituduh oleh artikel berkenaan, Terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak.”.

Pihak Panel juga menafikan bahawa “Penyiasat SPRM telah mengumpul bukti yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib. 
Walau bagaimanapun, pihak Panel menasihati SPRM untuk menyelesaikan siasatan mereka.

Kami juga ingin merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh SPRM yang mendakwa “SPRM telah diminta oleh ORP untuk mengeluarkan kenyataan umum berkenaan isu-isu berkenaan.”.

Dengan ini kami menyatakan bahawa pihak Panel tidak pernah membuat permintaan sebegitu kepada SPRM. Namun ia bergantung kepada SPRM jika mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan. 
Ditandatangani,

Tan Sri Hamid Bugo, Presiden

Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Ahli Panel.
 Hari ini, satu lagi dakwaan Portal pro-pembangkang juga telah dinafikan!  
Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI) yang memetik seorang individu yang bernama Yuktes Vijay sebagai seorang pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak. Dalam satu kenyataan pejabat itu berkata, Yuktes bukan kakitangannya. 
“Individu ini bukan kakitangan Pejabat Perdana Menteri dan kenyataan-kenyataannya tidak mewakili Pejabat ini - seterusnya
Kita tunggu dan lihat kesudahan isu ini.
Satu lagi mangsa portal pro-pembangkang


SHARE ke whatsapp :





ikut berdiskusi pada "SEBAB PORTAL PRO-PEMBANGKANG THE MALAYSIAN INSIDER DISEKAT ! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?