Tuntutan yang dibuat ini membuktikan bahawa isu perbalahan di antara DAP dan PKR tentang isu Lim Guan Eng memecat 2 ADUN PKR supaya tidak dapat dibendung lagi. Dalam masa yang sama, isu ini telah membuka lebih banyak lagi pekung busuk Lim Guan Eng DAP.
Jika sebelum ini, kroni tegar Lim Kit Siang ini dilabelkan sebagai diktator, coocky dan arrogant, rakan politik Guan Eng telah mendedahkan satu lagi tabiat buruk Guan Eng DAP,
“Lim selalu sangat memberikan persepsi terbalik atas sesuatu isu dan untuk kali ini beliau dituntut berlaku jujur atas semangat Pakatan Harapan,” kata ADUN Seri Muda itu - seterusnyaApa lagi tabiat buruk Lim Guan Eng DAP yang akan didedahkan oleh rakan politik beliau selepas ini?
Dan apa signifikannya 'mesyuarat tertutup' seperti yang dicadangkan oleh PKR?
Bagi rakyat, ia hanya sekadar gimik murahan dan dangkal untuk menutup busuk dalaman Pakatan Pembangkang. Lagi pun, PKR telah menyatakan sokongan mereka kepada ADUN PKR Pulau Pinang.
Naib Presiden PKR, Tian Chua menekankan bahawa parti itu mempertahankan tindakan lima wakil rakyatnya di Pulau Pinang yang bersikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan, November lalu.
http://www.malaysiakini.com/news/331362Dan tidak mungkin Lim Guan Eng DAP mahu buat U-turn dalam isu ini, malu besarlah beliau dan semakin jatuh maruah beliau.
Dalam masa yang sama, sarkis di antara DAP-PKR ini sekaligus telah membuktikan bahawa kod etika yang ditandatangani kalangan parti pembangkang pada 9 Januari lalu telah gagal dan patut dibuang ke dalam tong sampah.
Tindakan Setiausaha Agung DAP melucutkan jawatan 2 ADUN PKR dari jawatan GLC kerajaan DAP juga menunjukkan sikap double standard Lim Guan Eng dan parti chauvinis DAP.
Media melaporkan, dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan negara seperti National Security Council Bill dan perjanjian perkongsian Trans-pasifik (TPP) sebelum ini para pemimpin tinggi DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri berdegar-degar meminta Ahli Parlimen BN menggunakan conscience vote (mengundi mengikut pertimbangan sendiri) kononnya bagi menghormati demokrasi.
“Mengapa pula dalam isu yang menyentuh kepentingan negeri, Guan Eng menyifatkan Adun-adun PKR yang mengundi mengikut conscience vote sebagai mereka yang menikam dari belakang? Tidakkah ini double standard namanya?Tetapi what goes around comes around.
“Dan apabila Lim Kit Siang tidak berani menegur tingkah laku melampau anaknya sedangkan ia bertentangan dengan prinsipnya sendiri maka nyatalah Lim Kit Siang juga bukan pemimpin yang benar-benar berpegang kepada prinsip (berpegang kepada prinsip hanya bila prinsip ini menguntungkan DAP sahaja),”
http://www.sinarharian.com.my/politik/dap-serlahkan-kepimpinan-diktator-buang-dua-adun-pkr-1.488187
Sebelum ini Lim Guan Eng DAP begitu lantang melabelkan UMNO dan Najib Razak dengan pelbagai tuduhan dan gelaran. Abdul Hadi Presiden PAS pun turut menjadi mangsa Guam Eng DAP.
Sekarang, Lim Guan Eng DAP sendiri yang menanggung malu dengan pelbagai gelaran buruk …… oleh rakan politik sendiri!
Beliau adalah cocky, arrogant, 'tokong', diktator, beri persepsi terbalik ke atas sesuatu isu, tidak jujur dan pelbagai lagi. Rakan politik sendiri pun dah meluat!
Kita tunggu respons Lim Guan Eng !
ikut berdiskusi pada "LIM GUAN ENG TAK JUJUR ….."
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?