LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Nazri Osman yakin Labuan mampu mengulangi sasaran jumlah pelancong seramai 1 juta orang ke Labuan pada tahun ini.
Beliau berkata, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai sasaran tersebut dengan menganjurkan lebih banyak program-program pelancongan yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dan juga Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Pada tahun lalu Labuan merekodkan seramai 1,021,491 orang dan berdasarkan jumlah itu kita yakin sasaran 1 juta pelancong untuk berkunjung ke Labuan pada tahun ini akan dapat dicapai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penutupan Art Festival 2014 peringkat Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Ahad.
Katanya, sehingga April tahun ini, Labuan telahpun mencatatkan kehadiran pelancong seramai 320,476 orang.
Menyentuh mengenai program tersebut, Mohd Nazri berkata acara Art Festival merupakan acara di bawah inisiatif Tahun Melawat Malaysia yang dilaksanakan diseluruh negara dalam kempen untuk menghangatkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Katanya, Tahun Melawat Malasyia 2014 juga dijadikan sebagai pemangkin bagi merealisasikan matlamat jangka panjang kerajaan melalui Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia yang mensasarkan ketibaan seramai 36 juta pelancong dengan pendapatan pulangan sebanyak RM168 billion pada tahun 2020 (MTTP: 2020:36:168).
“Pada tahun ini kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong seramai 28 juta dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM76 bilion.
Pada majlis itu, Zulkifli Mohd Kassim muncul johan Pertandingan Fotografi yang telah diadakan sempena program tersebut, manakala naib johan kepada Asmali @ Faizal Mohd Tahir dan tempat ketiga dimenangi oleh Haris Jeffery Harun.
Manakala dalam pertandingan mengukir buah johan dimenangi Fadli Anan, naib johan disandang Suffary Ahmad Yusoff dan tempat ketiga jatuh kepada Satni Haji Hakim.
Kesemua mereka menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan yang disampaikan Oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Nazri Osman.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Balai Seni Visual Negara, Dato’ Haji Taib Ali, Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Haned Masjak dan Pengarah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Faruzrahizah Mohd Kassim.\ dan Pengarah Jabatan Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, Mahathir Abd. Hamid
ikut berdiskusi pada "SASARAN 1 JUTA PELANCONG MAMPU DICAPAI"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?