
TENOM: Kerajaan komited dalam membela nasib pendidikan di kawasan luar bandar, kata Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi.
Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM4.9 Juta yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tenom merupakan bukti kerajaan benar-benar mengambil perhatian terhadap keperluan dan pembangunan pendidikan di daerah ini.
“Peruntukan yang disalurkan untuk Parlimen kawasan Tenom itu membabitkan peruntukan untuk membaikpulih dan menaiktaraf 34 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini.
“Ini juga selaras dengan ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato Hj.Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Menteri Pendidikan Malaysia yang ingin memajukan pendidikan dalam negara dan merapatkan jurang perbezaan dalam bidang pendidikan di bandar, luar bandar dan pedalaman Sabah.
“Saya yakin kerajaan hari ini benar-benar ingin memartabatkan sekolah-sekolah, guru-guru dan murid-murid di kawasan luar bandar dengan memberikan pelbagai bantuan dan dana yang diperlukan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sentiasa mengambil perhatian terhadap sekolah-sekolah di kawasan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Waran Peruntukan Khas Baikpulih dan Naiktaraf 34 Buah Sekolah Rendah Kebangsaan di Pejabat Pendidikan Daerah Tenom, pada Sabtu lalu.
Tambahnya lagi, bagi memperkasakan pendidikan di kawasan luar bandar kerajaan Barisan Nasional (BN) juga sentiasa mengambil berat terhadap masalah-masalah yang lain dihadapi oleh sekolah-sekolah dan guru-guru di kawasan luar bandar.
“Masalah bencana alam seperti banjir yang terpaksa dihadapi oleh sekolah, kemudahan infrastruktur yang daif, kekurangan tenaga pengajar dan masalah lain seperti di beberapa buah sekolah berasrama yang mempunyai kelengkapan perabot yang usang, sering juga saya ketengahkan kepada pihak yang berkenaan.
“Justeru, saya berharap dan yakin bahawa langkah-langkah untuk mengatasi beberapa masalah ini akan dilaksanakan berterusan mengikut perancangan pihak kerajaan,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk James Alip, Senator Dr Lucas dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Suffian koroh.
ikut berdiskusi pada "Kerajaan KOMITED bantu Kawasan Luar bandar SABAH"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?