Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

DAERAH PITAS : CAWANGAN PITSA

PITAS: Pegawai Daerah Pitas, Bubudan OT. Majalu berkata, kesungguhan Persatuan Ibu Tunggal Sabah (PITSA) menubuhkan cawangannya di daerah ini satu keprihatinan kerana pertubuhan itu amat komited membantu golongan yang ibu tunggal terutama di kawasan luar bandar.

Katanya, sebagai pemimpin di peringkat daerah, beliau amat bangga dengan penubuhan cawangan berkenaan sebagai satu saluran khusus bagi mereka yang ingin menyertai persatuan tersebut.

Katanya, adalah wajar persatuan ini ditubuh serta didaftarkan kerana ibu-ibu tunggal di negara ini sekitar tahun 2001 seramai 895,000 orang telah didaftarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di bawah menterinya Datuk Rohani Abdul Karim.

Tambahnya, peranan PITSA merancang aktiviti yang membawa perubahan terhadap ahlinya terutama ibu tunggal. Bubudan mewakili Pembantu Menteri
PORTAL SATU SABAH

Pembangunan Perindustrian merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas, Datuk Bolkiah Haji Ismail, merasmikan Penubuhan Persatuan Ibu Tunggal (PITSA) Daerah Pitas, di Dewan Terbuka Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM Pitas dekat sini kelmarin.

Beliau menasihatkan supaya PITSA Pitas didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS agar ia boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang membawa banyak manafaat terhadap ahli-ahlinya khususnya masyarakat setempat amnya.

Katanya, kerajaan sentiasa membantu mana-mana persatuan yang benar-benar ingin melaksanakan program yang boleh membantu masyarakat khususnya ahli-ahli persatuan tersebut demi masa depan mereka.

Terdahulu Presiden PITSA Sabah, Hanidah Annol berkata, persatuan itu ditubuhkan pada Mac 2012 sebagai satu langkah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah dalam membantu golongan ibu-ibu tunggal yang kehilangan suami.

Katanya, kalau kita tidak berani tampil untuk berusaha membangunkan diri sendiri bagaimana boleh berjaya dan menyara anak-anak yang memerlukan banyak perbelanjaan untuk menyambungkan pembelajaran.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna mengambil langkah proaktif ke arah membantu kemajuan ibu-ibu tunggal melalui satu saluran iaitu persatuan Pitsa untuk bersama membangunkan diri seterusnya membantu kerajaan dalam kepelbagaian.

Pengerusi Penaja Persatuan Ibu Tunggal Daerah Pitas, Heilen Majin antara lain berkata bangga kerana PITSA negeri mengambil berat terhadap ibu-ibu tunggal di daerah ini khasnya sehingga menubuhkan satu persatuan bagi membela nasib mereka.

Katanya, kerajaan sememangnya perlu tenaga ahli-ahli PITSA dalam beberapa aspek yang boleh membangunkan daerah ini khususnya dalam merelisasikan pembangunan wanita untuk terus bergiat maju demi masa depan mereka.-OLEH AJM

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "DAERAH PITAS : CAWANGAN PITSA"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?