Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

YANG SEBENARNYA ……. RESPONS PERWAKILAN SEMASA TAKLIMAT PRESIDEN UMNO ! #PAU2015

Anda baca laporan di bawah. Laporan ini tentang respons perwakilan yang hadir semasa Taklimat Presiden UMNO semalam :
Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata perwakilan secara keseluruhannya berpuas hati dengan taklimat dan penerangan isu semasa yang disampaikan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, perwakilan memberi respons positif terhadap apa yang disampaikan Najib.
“Penerangannya tentang isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion tak ada berselindung, masuk ‘gear 5’ terus. 
"Daripada respons ‘bahasa badan’ dan tepukan yang diberi, Alhamdulillah tak ada ‘boo’, tak ada,” katanya ketika ditemui selepas taklimat tersebut.

Abdul Rahman yang Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, perwakilan dilihat faham apa yang diperjelaskan oleh persiden. 
"Dia tunjukkan secara berfakta tuduhan Tun Mahathir bahawa ekonomi ini gagal, tuduhan bahawa kita jadi pengemis dalam negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perwakilan Umno yang memenuhi ruang Dewan Merdeka itu bagaikan kecewa kerana adanya kerusi kosong bersebelahan Presiden parti pada sesi taklimat yang dadakan sempena PAU 2015 pada Selasa malam.

Ia kali pertama, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir pada taklimat berkenaan yang menjadi acara pembuka tirai sebelum PAU berlangsung.

"Ia sesuatu yang mengecewakan. Ada kerusi kosong, sesuatu yang merugikan. Kami semua nantikan kehadiran beliau," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Najib telah memberi ucapan yang bertenaga serta memberikan nafas segar kepada ahli serta pimpinan Umno. 
Katanya, apa yang disampaikan Najib menunjukkan kepimpinan Umno sedang berada di landasan yang betul.

“Ucapannya berterus terang dalam semua perkara dan saya kira memuaskan hati,” katanya.

Mengenai Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak hadir, Ahmad Shabery berkata, itu adalah pilihan beliau sendiri.

“Tapi saya rasa beliau telah hilang peluang dan gagal ambil kesempatan untuk bersama dengan ahli Umno.

“Dia sendiri yang keluarkan dirinya dalam sistem Umno, ini kerugian untuk beliau,” katanya - mStar
Dalam masa yang sama, media telah melaporkan, keputusan tentang, Timbalan presiden  TS Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden DS Shafie Apdal dijangka akan diputuskan semasa Mesyuarat MT Khas UMNO yang akan berlangsung malam ini.

Media melaporkan, keputusan yang dijangka bakal dibuat bukan sahaja persoalan sama ada Muhyiddin dibenarkan berucap semasa sesi penggulungan, tetapi juga keahlian beliau di dalam parti UMNO.

Kita tunggu dan lihat keputusan MT UMNO malam ini.

MiM juga tertarik dengan kenyataan blogger Rocky's Bru 
rocky's bru: Sulking bloggers suck (Blogger merajuk) : 
But what's more interesting to me is some the things not highlighted by the Press or the portals. Specifically, Najib mentioned bloggers who merajuk (sulk) because they don't get paid or they don't get what they asked for. Mmm. 
Siapa blogger-blogger yang merajuk ni, Datuk Seri? seterusnya
Ada bloggers yang merajuk rupanya. Tidak mengapa, masih ada bloggers lain yang masih kukuh berpegang kepada UMNO dan kepimpinan tertinggi. Mereka ini yang patut dilihat.  



p/s : Sebelum ini MiM juga telah menulis suasana semasa Taklimat Presiden UMNO : BACA SINI



Related Posts :

ikut berdiskusi pada "YANG SEBENARNYA ……. RESPONS PERWAKILAN SEMASA TAKLIMAT PRESIDEN UMNO ! #PAU2015"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?