Beliau berkata kerjasama di antara UMNO dan PAS adalah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam.
Dr Wee membandingkannya ketika Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, DS Nazri Aziz memberikan kerjasama semasa acara mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang.
Sehingga saat ini, MiM percaya rakyat sudah masak dengan tipu helah taktik kotor parti chauvinis DAP.
Malah, umum juga mengetahui bahawa terdapat gambar-gambar kedua-dua DS Nazri Aziz dan Lim Guan Eng kelihatan berpelukan mesra ketika majlis berkenaan.
Pertanyaan Dr Wee, "Adakah ini bermakna DAP dan Umno juga sedang berusaha bersama-sama?"
Menurut Dr Wee, tidak ada keperluan untuk UMNO melaporkan semua aktiviti-aktiviti mereka kepada Barisan Nasional,
Dr Wee berkata demikian ketika menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adakah beliau sedar mengenai perkongsian pakatan di antara UMNO-PAS -seterusnya
Menunding jari menyalahkan pihak lain adalah makanan harian DAP. Semua pihak dipersalahkan walau pun ianya tidak benar.
Modus operandi ini adalah supaya rakyat tidak ada masa untuk mengkritik kelemahan dan betapa teruknya parti rasis DAP itu.
Perbincangan rakyat dialihkan daripada mengkritik kerajaan DAP yang berdepan dengan skandal projek mega billion ringgit wang rakyat.
DAP juga tidak mahu rakyat mempersoalkan nepotisme yang nyata, ketidakadilan, tokongisme dalam DAP dan tidak demokratiknya pemilihan kepimpinan DAP Pusat dan Negeri.
Tetapi kita percaya pekung jijik DAP ini tidak akan dapat disembunyikan selama-lamanya. Konflik dalaman kepimpinan DAP akan terbongkar. Anak bapa tokongisme akan tergugat juga akhirnya.
Yang penting ialah agar rakyat tidak lagi beri muka kepada parti chauvinis ini.
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "FOTO LIM GUAN ENG DAP BERPELUKAN MESRA DIPERSOALKAN !!"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?