Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan dilihat sebagai memaksa komuniti Melayu Islam berhijrah dan usaha memecah undi di satu-satu kawasan.
Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, pembangunan sedemikian seolah-olah menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.Seperti yang kita tahu, Iszuree Ibrahim dengan kejamnya telah dipecat jawatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengkritik kerajaan DAP.
“Ada semacam satu agenda, bahawa pembangunan yang sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran kepada masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki. Kalau tengok, kepada perumahan-perumahan baru, yang besar ni, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.
Begitulah cara 'kebebasan bersuara' parti DAP yang sebelum ini sering mendakwa parti lawan tidak adil dan sebagainya. Padahal, mereka sendiri yang teruk dan memualkan.
Tetapi yang mampu dilakukan oleh PAS Pulau Pinang hanya sekadar mengecam dan mengugut. Itu sahaja yang termampu dilakukan oleh PAS apabila berdepan dengan DAP.
Iszuree juga berkata,
Nasib sama terangnya, berlaku juga kepada para penjaja yang majoritinya Melayu Islam yang dikenakan tindakan-tindakan roboh dari pihak penguatkuasa Majlis Perpandaran, sedangkan tidak berlaku kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu.Kita tunggu dan lihat respons Lim Guan Eng DAP. Itu pun jika beliau berani untuk menjawab!
Malangnya menurut beliau, apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat bermotif perkauman.
Sedangkan jelas Iszuree, usaha PAS itu adalah untuk memberi keadilan, keharmonian dan hak rakyat sebagaimana menjadi intipati utama perjuangan Pakatan Rakyat di mana dipersetujui dalam manifesto pada PRU13 lalu untuk mewujudkan garis sempadan Perkampungan Melayu Warisan.
Bagaimanapun ujarnya, perkara itu langsung tidak pernah dibincangkan, sebaliknya pemerintah lebih menitikberatkan pemeliharaan warisan kolonial seperti yang terdapat banyak di Georgetown.
“Mereka cuba menarik sokongan ketika PRU13 itu dengan agenda membantu warisan perkampungan Melayu. Tetapi setelah menang dengan kuasa yang ada, tidak disentuh pun. Kita mula nampak suara pemerintahan DAP tidak jauh beza dengan kerajaan yang sebelum ini dari segi pembangunan. Khususnya melibatkan tanah-tanah perkampungan Melayu.
“Jadi, apa matlamat membuat pembangunan rumah-rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak menghalau komuniti yang sedia ada secara berhormat. Bila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku. Macam ada agenda, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita nampak,” tuturnya meluah kebimbangan.
Sepatutnya terang Iszuree, kerajaan mengambil tanggungjawab memelihara komuniti kerana ia juga merupakan aset yang turut menyumbang misalnya kepada pelancongan negeri.
Terangnya, pelancong bukan sahaja datang untuk melihat pantai dan seumpamanya, tetapi juga komuniti masyarakat, budaya, makanan dan warisan asli turut menjadi daya tarikan.
Beliau turut tidak menolak Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersil sepertimana Singapura dan Hong Kong serta penempatan orang-orang kaya sahaja - sumber
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "INI MELAMPAU ! DAP HALAU & PECAH UNDI MELAYU … "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?