Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

AZMIN ALI KEJUTKAN AHLI PKR TENTANG HUBUNGANNYA DENGAN TUN MAHATHIR !

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengejutkan anggota partinya baru-baru ini apabila beliau menyebut mengenai satu hubungan istimewa antaranya dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Penyokong tegar PKR tidak senang dengan Dr Mahathir, yang mereka persalahkan sebagai punca jatuhnya dari Umno ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemenjaraannya dari 1998 hingga 2004. 
Oleh itu, beberapa mereka terkejut apabila menteri besar Selangor itu bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Dr Mahathir dalam ucapannya semasa perkahwinan anak perempuan sulungnya terdahulu bulan ini. 
Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hadir sebagai tetamu jemputan bersama-sama dengan Sultan Selangor dan Perak.
"Saya dan Tun (Dr Mahathir) mempunyai hubungan yang sangat istimewa.

"Semasa saya kahwin dahulu, Tun datang. Sekarang ketika anak saya kahwin, Tun juga datang.

"Pendek kata, hubungan kami sangat erat umpama air dicincang tidak akan putus," kata Azmin pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 13 Disember lalu.

Dalam ucapannya, Azmin tidak langsung menyebut nama Anwar, dan ini nampaknya menimbulkan kemarahan mereka yang tahu betapa rapatnya kedua-dua mereka selama ini. 
Azmin adalah salah seorang daripada pembantu yang paling dipercayai Anwar sepanjang kerjaya politiknya selama 16 tahun dalam Umno, dan kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membentuk PKR.

Jadi, bagi mereka, ucapan Azmin mengenai hubungan beliau dengan Dr Mahathir dilihat sebagai satu tamparan kepada Anwar, yang pernah menjadi mentornya tetapi kini sedang melalui satu lagi tempoh hukuman penjara di Sungai Buloh akibat sabitan kes Liwat II, yang didakwa PKR dan penyokongnya adalah satu konspirasi politik. 
Antara yang berterusan menyerang Azmin adalah Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard, bekas pemimpin PKR yang pernah digantung keahliannya tetapi kini kembali menjadi anggota parti sepenuh masa - seterusnya
Perkahwinan anak Azmin Ali telah menjadi persoalan panas di dalam media sosial.


Mereka mempersoalkan netizen pro-pembangkang yang double standard  mengkritik majlis perkahwinan anak Najib Razak tetapi tidak mengkritik majlis perkahwinan anak Azmin Ali yang tampak mewah.


  

SHARE ke whatsapp :







Related Posts :

ikut berdiskusi pada "AZMIN ALI KEJUTKAN AHLI PKR TENTANG HUBUNGANNYA DENGAN TUN MAHATHIR !"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?