Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau berkata perkara itu sudah pun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menemui penderma dana itu.
"Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini sudah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi).
"Penderma-penderma sudah pun disahkan dan sudah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM sudah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka," kata Najib.
Ditanya mengapa dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya, perdana menteri menjelaskan ia adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran ahli-ahli UMNO ialah kenapa TS Muhyiddin Yassin tidak mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang 1MDB ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara dimaklumkan.
"Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara sudah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini."
SPRM hari ini mengesahkan pihaknya sudah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan - seterusnya
Kita difahamkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu dan ahli Kabinet telah diberi taklimat tentang 1MDB sebelum ini. Muhyiddin Yassin juga sebenarnya berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan. Bukan itu sahaja, Muhyiddin sebenarnya telah berbincang dan mendapatkan penjelasan daripada Najib Razak sendiri. Muhyiddin Yassin mungkin ada alasan beliau.
Sekarang ini juga, pelbagai khabar angin yang kedengaran tentang perjalanan Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Dan ianya pasti akan mengundang lebih ramai lagi pemerhati termasuk penyokong-penyokong pemimpin yang hadir. Panas sudah tentu tetapi MiM berharap ianya terkawal tanpa mewujudkan backlash kepada pihak UMNO.
Dan jika kita ikuti siri perbalahan tentang isu-isu panas ini, kedua-dua pihak mempunyai alasan dan pandangan masing-masing walau pun ada pihak yang hanya recycle soalannya dan bersandarkan kepada andaian serta persepsi sahaja apabila melontarkan soalan tentang isu-isu ini.
MiM dan ahli-ahli UMNO the silence majority pula amat mengharapkan agar segala yang berlaku ini dapat diselesaikan secara baik dan dalam semangat kekeluargaan demi parti UMNO.
Dan kekalutan ini mesti diselesaikan secepat yang mungkin.
Perhimpunan Agung UMNO ke-69 ini bakal menjadi pengukur kepada kesetiaan ahli-ahli UMNO terhadap partinya. Segalanya bergantung kepada sikap kepimpinan tertinggi parti UMNO kerana ahli-ahli UMNO berpegang kepada saranan 'Kepimpinan Melalui Teladan'.
Jika kepimpinan tertinggi mampu bertoleransi dan membuktikan kesatuan dalam kepimpinan parti UMNO, ahli-ahli akar umbi akan meneladaninya.
ikut berdiskusi pada "YANG AKAN BERLAKU DI PWTC SEMASA PAU2015 ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?