Enam buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah tempat letak kereta di stesen LRT Taman Jaya dekat sini.Lihat video di bawah :
Dalam insiden pukul 1 petang Isnin, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran itu.
Jurucakap jabatan tersebut berkata mereka tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan daripada seorang saksi.
"Empat kenderaan rosak teruk manakala dua lagi 20 peratus terbakar," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata punca kebakaran masih lagi disiasat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Dan mStar juga melaporkan tiada letupan bom sebagaimana yang tersebar dalam WhatsApp tu.
Polis menafikan khabar angin bahawa sebuah bom menjadi punca kebakaran yang memusnahkan enam kenderaan di tempat letak kereta berdekatan stesen LRT Taman Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia berpunca daripada perbuatan khianat.
"Tiada bom. Kami sedang menyiasat kes ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memaklumkan di laman Twitternya mengenai insiden tersebut.
"Terdapat seseorang yang membakar kereta di tempat letak kereta di LRT Taman Jaya, Pj. Tiada letupan bom. @PDRM sedang menyiasat kes khianat ini," tulisnya.
Imej kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu menjadi viral di WhatsApp sejurus selepas kejadian tersebut.
Kejadian itu dikaitkan dengan khabar angin bahawa sebutir bom dipasang di lokasi tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu - mStarDiharapkan agar penjelasan PDRM ini akan menjawab khabar angin yang tidak betul tentang insiden di LRT Taman Jaya.
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "VIDEO : BUKAN BOM ! 6 KERETA MUSNAH DI STESEN LRT TAMAN JAYA. "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?