Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

The STAR MILIK MCA LAGA-LAGAKAN NAJIB RAZAK & MUHYIDDIN YASSIN? PAU 2015

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan politik dan laporan berita yang disiarkan dalam akhbar-akhbar utama negara ini, kita kerap mempersoalkan akhbar The STAR milik parti politik MCA yang dilihat mesra parti pembangkang terutamanya kerajaan DAP di Pulau Pinang. 
Yang terbaru ialah laporan mStar bertajuk Bahasa Badan Yang 'Kekok' Antara Dua hPemimpin Tertinggi dan The STAR bertajuk Cold body language between top two 

Laporan daripada media milik parti MCA ini seolah-olah sengaja mengeruhkan lagi isu dalaman dalam parti UMNO di antara DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin. 

Tajuknya sahaja sudah mengundang persepsi negatif terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO ini. 

Dan laporan di bawah ternyata satu kenyataan yang tidak tepat. Di antara yang dilaporkan :
Susunan tempat duduk yang 'lari' daripada kebiasaan pada Perhimpunan Agung tahun ini disedari ramai. 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi diletakkan sebelah-menyebelah di atas pentas. 
Mereka masih duduk bersebelahan antara satu sama lain, tetapi di meja berasingan di mana mereka telah diapit oleh barisan pimpinan parti yang lain. 
Sesiapa sahaja yang mereka susunan tempat duduk yang baharu itu pasti memahami situasi dingin antara dua pemimpin tertinggi parti itu, malah dia juga mungkin tahu serba sedikit tentang 'politik tempat duduk' - mSTAR
Adalah amat memalukan apabila The STAR milik MCA ini merekacipta dakwaan kononnya 'susunan tempat duduk baharu' dan 'lari dari kebiasaan'.

Padahal, susunan tempat duduk sedemikian bukan 'baharu' atau 'lari dari kebiasaan' seperti yang didakwa oleh mSTAR

Semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2011, terdapat juga susunan tempat duduk seperti PAU tahun ini.

Lihat foto-foto di bawah :

Begitu juga susunan duduk semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2014. Lihat di bawah:


Ianya bergantung kepada lokasi rostrum Najib berucap. 

Kita amat ragu kenapa mSTAR dan The STAR milik parti MCA ini tidak membuat homework mereka dahulu sebelum menyiarkan berita yang tidak betul dan boleh menambahkan lagi persepsif buruk dan negatif terhadap Najib Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.

Disengajakan?

Kita tunggu dan lihat sama ada The STAR akan memperbetulkan laporan tersebut atau tidak mempedulikan persepsi negatif akibat laporan mereka?  

Ironinya, wartawan ini dan boss beliau diberi keistimewaan untuk menemuramah Najib Razak di rumah beliau untuk perhimpunan Agung UMNO 2015 ini! 
  



Related Posts :

ikut berdiskusi pada "The STAR MILIK MCA LAGA-LAGAKAN NAJIB RAZAK & MUHYIDDIN YASSIN? PAU 2015 "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?