Rupa-rupanya, kenyataan ADUN PKR ini telah dinafikan dan dibidas oleh pihak yang bakal dianiaya oleh kerajaan DAP itu.
Anda baca :
Semua 13 daripada 14 Ketua Unit Nelayan di bawah Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan hari ini tampil membidas kenyataan dibuat seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri berhubung sokongan nelayan terhadap projek tambakan laut yang dirancang kerajaan negeri.
Menurut ketua-ketua unit nelayan terbabit termasuk Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan, kenyataan di buat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim pada Selasa lalu adalah tidak benar dan memesongkan fakta.
Tegas mereka, tidak ada nelayan yang waras akan setuju dengan cadangan pembangunan melibatkan tebus guna tanah di kawasan laut seperti yang di jelaskan Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung itu.
Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan, Nazri Ahmad berkata, mengikut memorandum dan maklum balas diterima daripada semua nelayan di negeri ini khususnya di kawasan terlibat adalah menolak projek tebus guba tanah yang cuba dibangunkan dengan kelulusan kerajaan negeri itu.
Tegasnya, sebanyak 90 peratus nelayan yang bernaung dibawah persatuan itu menunjukkan sokongan dalam usaha membantah projek berkenaan dan mahu projek itu dibatalkan.
"Kami tidak tahu bagaimana Abdul Malik mendapat data dengan menyatakan 80 peratus nelayan bersetuju dengan projek tambak laut ini.
“Setakat ini bukan sahaja surat yang dihantar kepada kerajaan negeri untuk mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan tertinggi iaitu Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak dilayan malah persatuan juga tiada pernah dipanggil untuk mengadakan sebarang perbincangan berhubung projek ini,” katanya.
Selain dilabelkan sebagai kerajaan negeri yang zalim, Lim Guan Eng DAP juga berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan billion ringgit wang rakyat : BACA SINI
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Restoran Persatuan Nelayan (Pan Mutiara) di Batu Maung di sini - seterusnya
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "KANTOI ! KERAJAAN DAP BOHONG LAGI ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?