Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

TIMBALAN MENTERI LETAK JAWATAN KERANA ISU MENTERI BESAR KEDAH

Kita sudah sedia maklum bahawa DS Mukhriz Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. 
DS Ahmad Bashah Mohd Hanipah adalah MB Kedah yang baharu dan melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Untuk rekod, Ahmad Bashah merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Kedah semasa BN berhadapan PRU13 dan BN berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada PAS. 

Walaubagaimana pun, beliau memberi ruang tanpa masaalah kepada DS Mukhriz Mahathir untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Dua bulan selepas PRU13, Ahmad Bashah beri laluan sekali lagi kepada Mukhriz untuk menjadi Pengerusi Umno Negeri Kedah.

Mukhriz Mahathir membuat keputusan meletakkan jawatan setelah Jemaah Pemangku Sultan Kedah memaklumkan bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Badan diraja bertemu secara individu dengan 19 daripada 21 Adun BN dan juga 14 ADUN pembangkang. 19 wakil rakyat telah menandatangani akuan bersumpah pada minggu lalu yang menyatakan bahawa mereka akan menyokong keputusan untuk menggantikan Menteri Besar.


ADUN Pengkalan Kundur, Phahrolrazi Zawawi mendedahkan bahawa terdapat ADUN pembangkang tidak menyokong pentadbiran Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah. ADUN PAS?

Mukhriz telah meluahkan pendirian beliau semasa sidang akhbar tersebut. Dan kita menjangka akan ada kritikan keras dan secara terbuka daripada pihak-pihak yang sebelum ini begitu lantang mengkritik kepimpinan tertinggi parti. Apakah ada yang akan keluar parti?

Perkara ini mesti diuruskan dengan teliti tanpa backlash kepada parti.

Yang pastinya, pakatan pembangkang dapat menarik nafas lega kerana isu-isu kepincangan, ketidakmampuan dan pecah belah mereka dapat ditutup daripada penilaian rakyat kerana isu Kedah ini.

Terutamanya parti DAP yang berdepan dengan masaalah identiti parti yang anti-Melayu dan anti-Islam. Begitu juga dengan skandal kerajaan DAP negeri yang bergelumang dengan skandal projek super mega yang melibatkan billion ringit wang rakyat.  

Apa pun, kedua-dua pihak mempunyai alasan masing-masing didalam kemelut kerajaan negeri Kedah ini. Penyokong-penyokong akan menyokong alasan-alasan pihak mana yang mereka sokong tetapi kita perlu ingat bahawa kedua-dua pihak masih dalam satu entiti yang sama iaitu mereka berada dalam parti UMNO. 

Perkara ini yang menjadi pemerhatian pihak analisis politik. Perletakan jawatan Mukhriz ini bukan titik penyudahan kepada kemelut ini. Ya, isu jawatan Menteri Besar telah selesai tetapi what's next?

Apakah kaedah yang telah difikirkan untuk memastikan tiada lagi tikam lidah, tegang leher dan percakaran di antara kedua-dua pihak dan penyokong-penyokong?

Ya, mesti ada cooling period. Agak sukar tetapi selagi kedua-duanya masih UMNO, mereka mesti bertindak mencari titik penyelesaian secara tertutup dan berhemah di dalam parti.  

Dan selepas itu, teruskan buat kerja untuk rakyat. Dah namanya wakil rakyat, maka rakyat adalah prioriti utama kepimpinan UMNO negeri dan pusat. 



SHARE ke whatsapp :










Related Posts :

ikut berdiskusi pada "TIMBALAN MENTERI LETAK JAWATAN KERANA ISU MENTERI BESAR KEDAH "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?