Kononnya, rizab Tabung Haji terus mencatatkan kedudukan negatif pada 2015 iaitu bagi dua tahun berturut-berturut.
Bagaimana pun, Lembaga Tabung Haji telah menafikan fitnah Rafizi Ramli itu. Mat PKR ini juga tangkap muat dan tidak tahu bahawa Tabung Haji mempunyai 2 kategori rizab iaitu:
1. Rizab Boleh Agih - keuntungan terkumpul dan juga keuntungan tahun semasa.
2. Rizab Tidak Boleh Agih - Rizab Nilai Saksama yang berubah mengikut pasaran saham semasa.Media juga melaporkan kenyataan Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji berkata,
keuntungan terkumpul sebanyak RM609 juta berbanding jumlah pada akhir tahun 2014 iaitu RM293 juta.
Sehubungan itu, katanya, bonus yang dibayar kepada semua pendeposit Tabung Haji dibayar berdasarkan keuntungan tahun semasa dan TIDAK menggunakan rizab.Media juga melaporkan bahawa Tabung Haji telah mengkreditkan sebanyak RM3.2 bilion bayaran bonus kepada 8.85 juta pendepositnya sejak Isnin lalu.
Dalam pada itu, Tabung Haji menegaskan bahawa penyata kewangan syarikat itu disediakan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang diterbitkan oleh Lembaga Piawaan Perakaunan Malaysia (MASB) dan berdasarkan prinsip syariah.
"Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut mengesahkan pihaknya menyemak polisi perakaunan yang digunakan adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat,” jelas kenyataan itu.
"Jika yang demikian, tiada sebarang isu berkaitan dengan ‘creative accounting’ yang diguna pakai seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini,” katanya - sumberFizi Ramli sekali lagi dikantoikan.
Jangan lupa jawapan Rafizi apabila disaman PM Najib Razak dan isteri. Beliau hanya 'bergurau' sahaja!
Tetapi kita tentu terfikir, bagaimana mamat PKR yang beberapa kali dikantoikan ini, masih menjadi topik berita hinggakan pihak yang dituduh terpaksa menjawab tuduhan tersebut?
Anda baca juga artikel ini : http://novandri.blogspot.com/2016/02/rupa-rupanya-rafiziramli-sayang-pm.html
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "TABUNG HAJI JAWAB FITNAH TERBARU RAFIZI RAMLI !"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?