Fizi mungkin terlupa yang beliau sendiri yang membuat pengakuannya di dalam akuan berkanun (statutory declaration) sebelum ini. Dek isu ini, Fizi menjadi bahan lawak, kutukan dan kritikan yang bertali arus oleh netizen di dalam whatsapp, Facebook, Blog dan Twitter.
Dan tidak nampak tanda-tanda rakyat netizen akan berhenti menghentam Rafizi. Apatah lagi jika kita baca laporan di bawah. Portal PRU14 melaporkan :
Dengan fitnah terhadap Tabung Haji yang dilakukan oleh beliau, bukan sedikit rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi ini.
Banyak kes dilaporkan dimana ada pendeposit telah mengeluarkan kesemua wang simpanannya di Tabung Haji hanya semata-mata terpengaruh dengan fitnah-fitnah beliau.
Sebenarnya Rafizi tidak rugi apa pun sebaliknya menikmati kadar bonus yang tinggi hasil pengumuman Tabung Haji berkenaan.
Yang rugi adalah pendeposit dari kalangan rakyat biasa yang amat mudah diperbodohkan dengan fitnah Rafizi - PRU14Sehingga ke hari ini, Rafizi tidak lagi menafikan laporan di atas. Dan mungkin kerana tidak tahan lagi dengan troll rakyat netizen, Rafizi cuba tukar topik dan menyebelahi DS Najib Razak?!!
Rupa-rupanya Rafizi tidak mahu imej Najib Razak ditambahburukkan di mata dunia!! Portal melaporkan kenyataan Rafizi Ramli yang akan memulakan kempen di media sosial bagi mendapatkan seberapa banyak sokongan rakyat bagi menolak cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Memandangkan cadangan pindaan ini adalah satu bentuk penindasan terhadap wartawan dan kebebasan media, saya percaya perkara ini akan menjadi isu di peringkat antarabangsa yang akan memburukkan lagi imej Datuk Seri Najib Tun Razak di mata dunia.
"Saya mengesyorkan supaya Tan Sri Mohamad Apandi Ali membatalkan hasratnya meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 seterusnya'Baik hati' si Fizi ni yang mahu bersusah payah mengadakan kempen menolak cadangan pindaan kerana beliau 'risau' akan 'memburukkan lagi imej Perdana Menteri kita'. Atau sekadar melawak sahaja??!!
Yang sebenarnya, TS Apandi Ali hanya sekadar sedang menimbang untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 itu sahaja dan bukannya telah dikuatkuasakan.
Dalam masa yang sama, isu ini juga telah menyebabkan rakyat ingin tahu atau lebih memahami akta tersebut.
Anda lihat printscreen di bawah :
Dan apa perlunya Fizi risau tentang cadangan tersebut jika beliau tidak berniat untuk melanggar akta tersebut.
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "RUPA-RUPANYA, RAFIZI RAMLI SAYANG PM NAJIB RAZAK."
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?