Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

MB KEDAH : GAMBAR 'TIDUR' PALSU TAPI INI GAMBAR AHMAD BASHAH MENANGIS …

Sebelum ini, Ahmad Bashah, MB baharu Kedah telah difitnah kononnya 'tidur' semasa upacara di istana. 

Di bawah bukan foto palsu tetapi yang benar: 
Media melaporkan, selepas upacara perlantikan jawatan MB Kedah,  DS Ahmad Bashah bersama isteri, DS Hizam Awang Ahmad telah menziarahi pusara ibu Ahmad Bashah, Che Liah Hassan serta kakak sulung­nya, Siti Balkhies Md. Hanipah di Tanah Perkuburan Islam al-Bukhar, Alor Malai.
Di situ, bacaan doa selamat dan tahlil ringkas dilakukan. Ketika itu, air mata Ahmad Bashah dan isterinya mula bergenang dan tumpah menyebabkan mereka yang hadir berasa pilu. - seterusnya
Kita tentu faham suasananya apabila menziarahi pusara keluarga tercinta dan sudah pasti akan sebak di dada kita ini. Harap tidak ada pula yang tabur fitnah tentang foto di atas.

MiM juga merujuk kepada kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, kebolehan seseorang pemimpin politik tidak boleh diukur semata-mata dari segi kelayakan akademik, sebaliknya pengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan parti juga harus diambil kira.
"Insya-Allah kita akan sama-sama membantu Ahmad Bashah mentadbir negeri Kedah dan dengan hubungan baik antara beliau dan pemimpin Pusat, mungkin banyak peruntukan tambahan boleh dipertimbangkan untuk membangunkan negeri itu,’’ jelasnya. 
‘Jangan menghina dan merendahkan peribadi seseorang. Beri peluang kepada Ahmad Bashah untuk memperlihatkan kemampuan beliau mentadbir negeri Kedah,’’ katanya.
Benar kenyataan Ahmad Zahid itu.

Anda baca juga artikel ini : KLIK SINI


SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "MB KEDAH : GAMBAR 'TIDUR' PALSU TAPI INI GAMBAR AHMAD BASHAH MENANGIS … "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?