Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

KEPADA MUKHRIZ & AHMAD BASHAH MB KEDAH !

Isu Menteri Besar Kedah selesai dengan perlantikan DS Ahmad Bashah sebagai MB Kedah yang baharu. Yang penting sekarang ialah agar perpaduan di setiap peringkat dapat segera diperkukuhkan.  
MiM merujuk kepada kenyataan DS Hishammudin Hussein di bawah:
Syukur semua pihak telah beri kerjasama sebaiknya untuk selesaikan kemelut politik di Kedah. Penyelesaian terhadap kemelut ini adalah hasil kesabaran, kematngan dan kebijaksaan semua pihak sekali gus mengelakkan ianya terus berpanjangan.

Selepas ini, saya amat berharap agar kita dapat segera perkukuhkan perpaduan di setiap peringkat. Marilah kembali beri tumpuan penuh kepada kepentingan dan kesejahteraan Kedah serta warganya, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini.

Kepada Dato' Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, tahniah atas amanah dan tanggungjawab baharu. 
Rakyat Kedah pastinya meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau dan saya yakin, berkat sokongan semua pihak serta pengalamannya yang cukup luas dalam bidang politik, beliau mampu memimpin Kedah dengan baik.

Kepada Dato' Seri Mukhriz Mahathir, saya melihat bahawa beliau adalah seorang pemimpin muda yang berjiwa besar dan terpaksa melalui liku-liku politik yang panjang dan mencabar. 
Oleh itu saya berharap agar beliau tidak berputus asa. Terima kasih atas segala khidmat bakti dan jasa baik yang dicurahkan selama ini di Kedah.
Seperti yang MiM katakan, kedua-dua pihak yang terlibat mempunyai alasan masing-masing dalam kemelut kerajaan negeri Kedah ini. Penyokong-penyokong akan menyokong alasan-alasan pihak mana yang mereka sokong tetapi kita perlu ingat bahawa kedua-dua pihak masih dalam satu entiti yang sama iaitu mereka berada dalam parti UMNO.

Perkara ini yang menjadi pemerhatian pihak analisis politik. Isu jawatan Menteri Besar telah selesai tetapi what's next?

Benar kenyataan Hishammuddin yang menyarankan agar kita kembali beri tumpuan penuh kepada kepentingan rakyat. 

Mesti juga ada cooling period. Agak sukar tetapi selagi kedua-duanya masih UMNO, mereka mesti bertindak mencari titik penyelesaian secara tertutup dan berhemah di dalam parti.  



SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "KEPADA MUKHRIZ & AHMAD BASHAH MB KEDAH ! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?