Portal pro-pembangkang melaporkan bahawa DAP Melaka terbabit dengan kemelut dalaman sejak sebelum pilihan raya umum lepas apabila pemimpin negeri yang tidak sehaluan dengan Lim Guan Eng DAP bertelagah dengan penyokongnya.
DAP juga telah menggantung keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San. Goh pula telah meletak jawatan sebagai ketua pembangkang Melaka kerana membantah kepimpinan DAP pusat yang campur tangan di negeri ini.
Bukan itu sahaja, Lim Guan Eng DAP turut berkonfrontasi dengan rakyat Pulau Pinang, NGO Pulau Pinang dan kini, NGO pusat.
Yang terbaru ialah kenyataan terbuka NGO HAKAM yang mengkritik dan memalukan Lim Guan Eng DAP secara terbuka. NGO Ambiga Sreenevasan ini telah menulis dan mendedahkan pembohongan pemimpin DAP ini.
Mereka merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada sidang akhbar Lim Guan Eng, sehari selepas satu forum awam mengenai pembangunan bukit di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh NGO Forum Pulau Pinang.
Isunya ialah kelulusan projek-projek pembangunan di atas tanah bukit - 250 kaki di atas paras laut dan / atau dengan cerun yang lebih daripada 25 darjah. Pembangunan adalah dilarang di atas tanah itu terdedah kecuali untuk "pembangunan terhad untuk projek-projek khas".
HAKAM mendedahkan, Guan Eng DAP telah berkata bahawa pembangunan itu telah diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya, dan kononnya kerajaan DAP tidak meluluskan sebarang pembangunan tersebut.
Guan Eng juga menuduh kononnya NGO "telah jatuh ke dalam perangkap maklumat salah yang dimainkan oleh BN dan beberapa media yang anti-kerajaan DAP, satu tektik DAP yang sangat melampau dan tidak bertanggungjawab.
Realitinya, maklumat Forum Pulau Pinang yang berkaitan dengan pembangunan di atas tanah bukit sensitif antara 2008 dan 2015 telah disediakan oleh exco kerajaan negeri kepada wakil-wakil di Dewan Undangan Negeri.
Keputusan kerajaan DAP negeri baru-baru ini yang berkaitan dengan bantahan oleh pemilik tanah berkenaan dengan kelulusan projek-projek pembangunan juga mengesahkan bahawa kebenaran merancang untuk perkembangan itu telah diberikan sepanjang tempoh kerajaan DAP.
http://hakam.org.my/wp/index.php/2016/02/13/press-release-on-penang-chief-ministers-statement-regarding-penang-forum/#more-5896
Dalam kes ini, permohonan itu dibuat oleh pemaju pada Mac 2011 dan diluluskan pada bulan Februari 2012 untuk pembangunan kondominium di atas tanah bukit sensitif di Sungai Ara. Ini menjelaskan sebab Forum Pulau Pinang menyatakan kebimbangan mereka kepada kerajaan DAP negeri.
Lebih-lebih lagi, DAP telah mengenepikan memperuntukkan kelulusan ini - projek itu bukan "Projek khas", mahupun "pembangunan terhad".
HAKAM baharu sedar bahawa kerajaan DAP negeri telah meluluskan hampir 55 blok pembangunan bangunan tinggi di atas tanah bukit antara 2008 dan 2015, satu perkara yang telah rakyat ungkitkan selama ini tetapi tidak dipedulikan oleh DAP.
Mereka juga menempelak kerajaan DAP supaya tidak begitu mudah memfitnah rakyat sivil.
Kita tunggu dan lihat sama ada Lim Guan Eng DAP berani menjawab isu yang dibawa oleh NGO ini. Atau kroni tegar Lim Kit Siang DAP ini akan diam membisu dan kembali dengan taktik lumrah DAP iaitu tunding jari ke pihak lain!
Malah sebenarnya, banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh DAP. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada tahun 2012 salah satunya disebabkan amalan rasuah dalam parti DAP yang cukup teruk.
Tunku Abdul Aziz juga berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti DAP sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP melaungkan slogan anti rasuah.
Pendedahan Mohamed Razali bahawa DAP ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU13 lalu oleh Israel juga amat memeranjatkan.
Dan jika kita menuruti modus operandi puak DAP, mereka akan segera menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka. Tetapi sehingga ke hari ini, DAP tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Tunku Aziz dan Mohamed Razali.
Anda baca juga kerakusan DAP: Baca Sini
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "KANTOI BERBOHONG ! AMBIGA MALUKAN LIM GUAN ENG DAP !! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?