Mereka menabur fitnah kononnya TS Mohd Bakke Salleh, bekas Pengerusi 1MDB telah mengeluarkan kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang RM2.6 bilion adalah daripada syarikat 1MDB.
Walaubagaimana pun, fitnah jijik Pembangkang ini telah dinafikan oleh Mohd Bakke Salleh. Beliau tidak pernah menyebut atau melafazkan kenyataan tersebut ketika memberi keterangan.
Bekas Pengerusi 1MDB itu juga menasihatkan pengguna laman media sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih.
Satu laporan polis akan turut dibuat dan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan sebaran fitnah tersebut.
MiM amat bersetuju dengan tindakbalas bekas Pengerusi 1MDB ini.
Pihak berperangai buruk dan jijik ini memang patut dikenakan tindakan undang-undang. Jangan biarkan mereka kerana selepas ini, mereka akan merekacipta fitnah baharu dan akan menyebarkannya lagi.
Kita tidak terkejut jika fitnah ini datang daripada puak Pembangkang. Mereka ini mungkin akan berasa seronok kerana fitnah mereka terpaksa dijawab dan menjadi isu perbualan dalam media sosial. Tetapi RBA DAP tidak tahu halal haram memfitnah, begitu juga dengan puak Pembangkang yang lain.
Memang tugas RBA DAP untuk merekacipta fitnah pihak lawan kerana mereka tidak mahu isu rasuah dan perangai buruk kepimpinan DAP tidak diperkatakan oleh rakyat.
Tetapi MiM difahamkan bahawa bukan sahaja puak Pakatan Pembangkang yang menabur cerita fitnah ini tetapi juga puak yang menyokong sesetengah pemimpin BN. Tindakan mereka ini amat memalukan, tidak bertanggungjawab dan patut didedahkan supaya kita tahu siapa onar dan duri ini.
Dan mereka ini juga patut dihukum.
ikut berdiskusi pada "BAKKE & RM2.6 BILION DARIPADA DUIT 1MDB - RAMAI YANG TANGGUNG DOSA!"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?