Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

19 penceroboh Lahad Datu diarah bela diri, 11 bebas


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan 19 daripada 30 individu yang dituduh atas pelbagai pertuduhan berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu membela diri. 

Semua mereka termasuk tiga individu yang ditukar pendakwaan kepada Seksyen 130J Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada perbuatan keganasan dan Seksyen 130G(C) Kanun Keseksaan kerana menghasut, menggalakkan atau mencari harta untuk melakukan perbuatan pengganas.

Mahkamah sama turut membebaskan 11 individu selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap mereka. 

Dengan itu, Hakim Stephen Chung mengarahkan semua individu warga Filipina terbabit dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang. 

Stephen juga menetapkan 22 Februari ini sebagai tarikh untuk membela diri. Mereka sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

Seramai 166 saksi dikemukakan pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan selama 239 hari yang diadakan di Penjara Pusat Kota Kinabalu di Kepayan, di sini, bermula pada 6 Jun 2014 hingga 5 Januari lalu. 

Stephen menetapkan hari ini untuk pendengaran keputusan itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan, bulan lalu.

Peguam Datuk N Sivananthan dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili 27 rakyatnya, manakala tiga penduduk tempatan masing-masing diwakili peguam Ram Singh, Abdul Gani Zelika dan Putli Noor Asikin Datu Gulam.

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "19 penceroboh Lahad Datu diarah bela diri, 11 bebas"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?