Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

TERKINI ! KEAHLIAN WAKIL RAKYAT DAP DIGANTUNG ….. KRISIS DALAMAN PARTI DAP TERBONGKAR !

DAP sekali lagi mempamirkan kejijikan modus operandi parti chauvinis itu. Mereka menuding jari dan kerap menuduh kononnya kepimpinan tertinggi parti lawan bersikap diktator dan menolak ahli politik yang tidak selaluan dengan mereka.
Yang terbaru ialah krisis dalaman parti DAP negeri Melaka yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng. Portal pro-pembangkang melaporkan bahawa DAP Melaka terbabit dengan kemelut dalaman sejak sebelum pilihan raya umum lepas apabila pemimpin negeri yang tidak sehaluan dengan Setiausaha Agung Lim Guan Eng bertelagah dengan penyokongnya.
Kepimpinan DAP negeri Melaka telah, dalam pilihan raya umum 2013, menyekat Wong, yang dilihat sebagai memihak kepada Lim, daripada dicalonkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana. 
Berikutan itu, seorang calon kompromi, Lai Kuen Ban, yang juga dilihat sebagai memihak kepada Lim, telah dipilih. 
Dalam responnya, Sim, yang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Melaka di bawah tiket DAP, turut bertanding sebagai calon Bebas menentang Lai di DUN Kota Laksamana, dan mencetuskan krisis dalam parti. 
Sim kemudiannya menarik diri daripada bertanding di DUN Kota Laksamana selepas dipujuk oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan tidak dikenakan tindakan disiplin.
Realitinya, berapa lama parti DAP boleh bersandiwara menutup buruk laku dalam parti itu?

Anda baca laporan penuh : 
DAP hari ini menggantung keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San.

Setiausaha jawatankuasa tatatertib DAP, Tai Xing Piao berkata dalam satu kenyataan bahawa kedua-duanya digantung keahlian mereka kerana berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.

Beliau berkata penggantungan keahlian mereka berkuat kuasa hari ini dan keahlian mereka dalam DAP hanya akan dipulihkan selepas tempoh tersebut.

"Sim dan Wong, sebagai pemimpin kanan parti, sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, terutamanya pada masa rakyat perlu DAP untuk menyediakan kepimpinan.

"Tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian, mereka juga telah membuat tuduhan palsu terhadap kepimpinan parti di media dan di majlis-majlis awam," kata Tai.

Beliau berkata kedua-dua mereka boleh merayu terhadap penggantungan mereka kepada jawatankuasa eksekutif pusat dalam tempoh 14 hari.
 
Tindakan Sim dan Wong berpunca dari pertikaian undang-undang dengan ahli parti Wong Fort Ping.

Tai berkata, selepas kedua-duanya kalah dalam pertikaian undang-undang terhadap Wong pada 15 September tahun lepas, mereka menyalahkan kepimpinan DAP dan mendakwa parti itu membalas dendam terhadap mereka.
 
Beliau berkata ekoran kejadian ini, Sim dan Goh membentuk kumpulan yang digelar 'Justice League' dan pada 1 November tahun tersebut, mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana untuk bayaran guaman mereka, di mana seorang bekas ahli parti telah dijemput untuk berucap dan mengecam parti itu.

"Dalam pendengaran tatatertib pada 18 Disember tahun lalu, mereka diminta untuk menjelaskan tindakan mereka tetapi kedua-duanya gagal memberi jawapan yang memuaskan," katanya.
 
Tai berkata, walaupun DAP mengakui bahawa Sim dan Goh telah banyak menyumbang kepada parti, tetapi jawatankuasa disiplin merasakan adalah perlu tindakan drastik diambil terhadap mereka.

DAP Melaka terbabit dengan kemelut dalaman sejak sebelum pilihan raya umum lepas apabila pemimpin negeri yang tidak sehaluan dengan Setiausaha Agung Lim Guan Eng bertelagah dengan penyokongnya.

Kepimpinan DAP negeri Melaka telah, dalam pilihan raya umum 2013, menyekat Wong, yang dilihat sebagai memihak kepada Lim, daripada dicalonkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana.

Berikutan itu, seorang calon kompromi, Lai Kuen Ban, yang juga dilihat sebagai memihak kepada Lim, telah dipilih.
 
Dalam responnya, Sim, yang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Melaka di bawah tiket DAP, turut bertanding sebagai calon Bebas menentang Lai di DUN Kota Laksamana, dan mencetuskan krisis dalam parti.
Sim kemudiannya menarik diri daripada bertanding di DUN Kota Laksamana selepas dipujuk oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan tidak dikenakan tindakan disiplin. 
Tidak lama selepas pilihan raya umum, Goh juga meletak jawatan sebagai ketua pembangkang Melaka kerana membantah kepimpinan pusat yang didakwa campur tangan di negeri ini. Jawatan itu masih kosong hingga sekarangnya - sumber
Isu di Melaka ini sudah pasti akan memalukan pihak DAP kerana semasa isu MB Kedah, mereka membuat kenyataan berikut, 
"Mereka suka-suka buang, suka-suka lantik,” katanya.
Sekarang, DAP terpalik dengan ludah hijau mereka sendiri! Dan apakah krisis dalaman DAP ini hanya di Melaka sahaja atau akan terbongkar juga??

Sebelum ini, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada tahun 2012 salah satunya disebabkan amalan rasuah dalam parti DAP yang cukup teruk.

Kenyataan Tunku Abdul Aziz ini sudah pasti menyebabkan rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak akan percaya dakwaan kerajaan DAP negeri yang kononnya mengamalkan 'pentadbiran bersih dan anti-rasuah'.

Tunku Abdul Aziz juga berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti DAP sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP melaungkan slogan anti rasuah.

Yang turut mengejutkan ialah pendedahan Mohamed Razali bahawa DAP ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU13 lalu oleh Israel.

Jika kita menuruti modus operandi puak DAP, mereka akan segera menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka. Tetapi sehingga ke hari ini, DAP tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Tunku Aziz dan Mohamed Razali.

Kenapa?

Apakah ianya benar atau mereka takut proses di mahkamah akan membuka lebih banyak pekung busuk jijik parti tersebut?




SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "TERKINI ! KEAHLIAN WAKIL RAKYAT DAP DIGANTUNG ….. KRISIS DALAMAN PARTI DAP TERBONGKAR !"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?