Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

MALUNYA! FOTO LIM GUAN ENG VIRAL BILA DAP HENTAM MUKHRIZ & AHMAD BASHAH MB KEDAH!

DAP terpalik ludah hijau sendiri. Inilah yang boleh diperkatakan apabila ahli politik DAP cuba menangguk di air keruh isu Menteri Besar Kedah.
Kononnya, DAP ambil pendirian berkecuali dan tidak oportunis kerana ia isu rumah tangga UMNO. Yang bengongnya ialah kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew yang mengambil kesempatan terhadap foto Ahmad Bashah Md Hanapiah yang kononnya sedang tidur padahal isu itu tidak benar dan telah diterangkan oleh MB baharu Kedah.

Veteran tua DAP, Lim Kit Siang pun ambil kesempatan.  

DAP Kedah juga menyerang Mukhriz Mahathir. Mereka berkata, semasa Mukhriz menjadi Menteri Besar, ekonomi Kedah tidak berkembang malah pendapatan negeri juga semakin menurun. 

"Tak dapat tarik banyak pelabur,” katanya kepada lidah DAP, Roketkini.

Apek Kit Siang dan puak DAP mungkin terlupa (atau buat-buat lupa) yang Lim Guan Eng DAP juga berdepan dengan isu tidur ini apabila foto beliau di dalam parlimen menjadi viral dan bahan lawak di dalam media sosial.

Ini fotonya:
zzzzzzzz …...
Mungkin kerana foto ini, Guan Eng DAP tidak berani untuk mengambil kesempatan di dalam isu ini?

Puak DAP ini juga terlupa dengan kaedah kerajaan DAP Pulau Pinang yang bermain dengan nombor untuk menunjukkan mereka 'berjaya' mentadbir negeri Pulau Pinang. Padahal, berapa banyak tanah yang berharga billion ringgit wang rakyat yang telah digadaikan?

Yang lebih memalukan ialah kenyataan puak DAP Kedah ini: 
"Meraka suka-suka buang, suka-suka lantik,” katanya.
Main suka hati sahaja mereka menabur fitnah sedemikian rupa. Sekali lagi mereka terlupa yang Lim Guan Eng DAP hanya berada ditangga ke-5 dan undi popular yang merosot semasa pemilihan semula CEC DAP. Tetapi kroni tegar Lim Kit Siang DAP dengan tanpa malunya menjawat jawatan tertinggi dalam parti DAP.

DAP juga terlibat dalam episod membuang Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor sehingga dimurkai oleh Sultan Selangor.

Dan sekarang, puak DAP cuba tunjuk pandai tentang isu di Kedah. 

Inilah karakter puak DAP yang hanya pandai menunding jari kepada pihak lain padahal mereka jauh lebih teruk dan tidak bermoral. 

Sebelum ini, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada tahun 2012 salah satunya disebabkan amalan rasuah dalam parti DAP yang cukup teruk.

Kenyataan Tunku Abdul Aziz ini sudah pasti menyebabkan rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak akan percaya dakwaan kerajaan DAP negeri yang kononnya mengamalkan 'pentadbiran bersih dan anti-rasuah'. 

Tunku Abdul Aziz juga berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti DAP sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP melaungkan slogan anti rasuah.

Yang turut mengejutkan ialah pendedahan Mohamed Razali bahawa DAP ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU13 lalu oleh Israel.

Jika kita menuruti modus operandi puak DAP, mereka akan segera menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka. Tetapi sehingga ke hari ini, DAP tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Tunku Aziz dan Mohamed Razali. 

Kenapa?

Apakah ianya benar atau mereka takut proses di mahkamah akan membuka lebih banyak pekung busuk jijik parti tersebut?

Isu polisi parti DAP yang melanggar Perlembagaan negara juga tidak terjawab. Sebelum ini, Mahkamah telah memutuskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Negeri yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

Tetapi ianya masih menjadi polisi rasmi parti chauvinis ini walau pun melanggar perlembagaan negara!
Mana tindakan undang-undang terhadap DAP??
Kenapa tiada tindakan undang-undang terhadap parti itu?



  
SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "MALUNYA! FOTO LIM GUAN ENG VIRAL BILA DAP HENTAM MUKHRIZ & AHMAD BASHAH MB KEDAH! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?