Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

LIM GUAN ENG & SKANDAL JUTAAN RINGGIT WANG RAKYAT !

Satu skandal projek jutaan ringgit wang rakyat yang memalukan Lim Guan Eng DAP. 
Anda baca : 
Melucukan dan kontroversi. Itulah yang disimpulkan banyak pihak berhubung projek lorong basikal yang dilaksanakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di sekitar negeri ini.

Antara laluan basikal yang dibina di atas laluan pejalan kaki di Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang yang didakwa menyukarkan dan membahayakan keselamatan pengguna.

Melucukan kerana lorong basikal itu yang dicat berwarna hijau berkongsi dengan laluan pejalan kaki.

Dengan keluasan yang sangat terhad, lorong itu sangat jelas tidak memberikan kelebihan atau keselesaan sama ada kepada pejalan kaki atau penunggang basikal.

Malah, perkongsian laluan itu juga boleh mengundang bahaya dan meningkatkan risiko kemalangan kepada kedua-dua golongan pengguna berkenaan.

Kontroversi pula kerana lorong basikal itu didakwa menelan per­belanjaan yang sangat besar iaitu sehingga RM30 juta.


Sedangkan seperti yang diban­dingkan banyak pihak, kos bagi pembinaan lorong itu yang sepanjang 12.5 kilometer di Amerika Syarikat (AS) hanya RM6 juta.


Perbezaan kos yang amat ketara itu sekali gus menyebabkan lorong basikal itu yang dibina di kebanyakan kawasan warisan di negeri ini diberi jolokan lorong basikal paling mewah di dunia.   
Lebih menimbulkan persoalan apabila pembinaannya juga didakwa dipertikai Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sendiri yang mengakuinya sebagai satu kesilapan.
Seperti dipetik laporan portal berita, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Lalulintas MBPP, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, perkongsian laluan pejalan kaki dan lorong basikal itu baru di peringkat perbincangan dan belum diputuskan.

Menurutnya, perkongsian laluan itu hanya boleh dibuat jika kaki lima sedia ada cukup luas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal seperti di Straits Quay dan Gurney Drive di sini. 
Tetapi apa yang dapat dilihat ketika ini, perkongsian lorong itu turut dilaksana di kawasan yang padat dengan orang ramai di sekitar Georgetown seperti di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Sungai Pinang - seterusnya
Sebelum ini, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada tahun 2012 salah satunya disebabkan amalan rasuah dalam parti DAP yang cukup teruk.

Kenyataan Tunku Abdul Aziz ini sudah pasti menyebabkan rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak akan percaya dakwaan kerajaan DAP negeri yang kononnya mengamalkan 'pentadbiran bersih dan anti-rasuah'. 

Tunku Abdul Aziz juga berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti DAP sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP melaungkan slogan anti rasuah.

Yang turut mengejutkan ialah pendedahan Mohamed Razali bahawa DAP ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU13 lalu oleh Israel.

Jika kita menuruti modus operandi puak DAP, mereka akan segera menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka. Tetapi sehingga ke hari ini, DAP tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Tunku Aziz dan Mohamed Razali.

Kenapa?

Apakah ianya benar atau mereka takut proses di mahkamah akan membuka lebih banyak pekung busuk jijik parti tersebut?




Related Posts :

ikut berdiskusi pada "LIM GUAN ENG & SKANDAL JUTAAN RINGGIT WANG RAKYAT !"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?