Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

LAGI KERAKUSAN KERAJAAN DAP !!

Anda baca laporan di bawah : 
Kerakusan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara mengakibatkan keluasan tanah kerajaan negeri semakin mengecil dan dikatakan kurang 8 peratus sahaja. 
Untuk rekod, kerajaan DAP mentadbir negeri itu pada 2008 dan baki tanah milik kerajaan ketika itu adalah kira-kira 18 peratus lagi . 
Sebelum ini TV PRU14 ada melaporkan bahawa penjualan tanah kerajaan bermula pada 2011 membabitkan sebidang tanah berkeluasan 102 ekar kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion.

Ia diikuti penjualan 110 ekar tanah kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada 2013.

Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P.E Land.

Pada 2014, rakyat Pulau Pinang menyaksikan penjualan hartanah secara besar-besaran dengan empat transaksi jual beli yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission.

Selepas itu, 30 ekar tanah lagi dijula dengan anggaran nilai RM57 juta kepada Paramount Group. 
Kerakusan kerajaan negeri pimpinan DAP berterusan apabila pada tahun sama, sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan berjumlah RM1.02 bilion dijual kepada Eco World serta penjualan 103 ekar tanah dengan harga RM1.09 bilion kepada Temasik Holding.

Daripada jumlah keseluruhan penjualan tanah tersebut, dianggarkan lebih 1,100 ekar telah dijual oleh kerajaan negeri dengan jumlah hasil jualan mencecah RM12.5 bilion.

Persoalannya, kemana wang tersebut dibelanjakan? 
Rata-rata hartanah yang dijual itu telah dibangunkan unit-unit kondominium meawh sehingga mencecah RM4 juta seunit.

Ia disahkan sendiri daripada tinjauan BNBBC.my ke Pulau Pinang, dimana kondominium mewah The Penthouse dibina bersebelahan dengan penempatan orang Melayu yang akan dirobohkan iaitu di Kampung Tokong.

Di bahagian belakang kampung itu juga, terdapat kondominium mewah yang sedang dibangunkan iaitu The Brezza dimana setiap unitnya bernilai RM850 ribu.

Selain itu, terdapat juga lot-lot banglo yang dijual dengan harga RM700 ribu dan keatas, malah pembinaan hotel-hotel mewah kini giat dijalankan di negeri tersebut sehingga menjangkau berbilion-bilion ringgit setahun.

Daripada penjualan tanah oleh kerajaan negeri , ia tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat di Pulau Pinang khususnya bangsa Melayu.

Ini kerana rakyat kelas pertengahan dan rendah tidak mampu membeli rumah tersebut kerana jumlah yang mampu dimilki hanyalah sekitar RM70 ribu sahaja, namun rumah yang berharga serendah itu tidak wujud di Pulau Pinang. 
Ia berikutan kerajaan negeri DAP hanya mewujudkan rumah mampu milik yang bermula daripada harga RM120 ribu dan keatas sahaja. 
Kesan daripada itu, kini telah ramai orang Melayu yang keluar daripada negeri tersebut secara terpaksa dengan apa dilakukan oleh DAP. 
Apa yang jelas orang Melayu di Pulau Mutiara terus tersepit dalam menunggu janji-janji ketika DAP mahu memenangi pilihan raya umum sebelum ini - sumber
Apakah Lim Guan Eng DAP berani menjawab persoalan besar yang melibatkan billion ringgit wang rakyat ini atau beliau akan diam membisu gagal menjawab?

Sebelum ini, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP salah satunya disebabkan amalan rasuah dalam parti DAP yang cukup teruk.

Kenyataan Tunku Abdul Aziz ini sudah pasti menyebabkan rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak akan percaya dakwaan kerajaan DAP negeri yang kononnya mengamalkan 'pentadbiran bersih dan anti-rasuah'.

Tunku Abdul Aziz juga berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti DAP sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP melaungkan slogan anti rasuah.

Yang turut mengejutkan ialah pendedahan Mohamed Razali bahawa DAP ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU13 lalu oleh Israel.

Jika kita menuruti modus operandi puak DAP, mereka akan segera menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka. Tetapi sehingga ke hari ini, DAP tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Tunku Aziz dan Mohamed Razali.

Anda baca juga artikel ini :
http://novandri.blogspot.com/2016/01/rahsia-parti-3-orang-ini-sangat.html




SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "LAGI KERAKUSAN KERAJAAN DAP !!"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?