Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, maka Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 2 Januari 2016M telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional.Jika merujuk kepada keputusan di atas, PAS boleh bekerjasama dengan UMNO dalam konteks 'kebaikan untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya'. Dan kita semua tahu bahawa untuk merealisasikan agenda ini di Malaysia, umat Islam memerlukan kuasa politik yang kuat dan bersuara majoriti di negara ini.
Pemimpin PAS sendiri pernah berkata bahawa kuasa juga perlu untuk memastikan Islam memerintah.
Realitinya, politik yang berpecah belah akan merugikan umat Islam di negara ini. Sebagai contohnya, ada parti serpihan yang lebih bertaraf kuda tunggangan dan mengharapkan belas kesihan parti chauvinis DAP. Apa sahaja yang diperlakukan oleh parti chauvinis ini tidak berani dikritik oleh parti serpihan ini. Sebaliknya, parti serpihan ini berfungsi untuk cuba menjatuhkan parti Islam yang lain.
Parti melayu dan Islam negara ini saling bercakaran sesama sendiri dan parti chauvinis ini bertepuk tangan riang menyaksikan drama melayu ini. Bagi mereka, drama ini akan menguntungkan mereka kerana sudah pasti ada pihak yang akan mengharapkan sokongan mereka. Dan apabila ianya berlaku, pihak ini hanyalah sekadar pak turut sahaja parti chauvinis itu. Malangnya, ia sudah pun berlaku!
Kita sebagai rakyat tentu tertanya, apakah tidak ada yang terfikir kebaikannya jika parti-parti Melayu dan Islam ini bersatu hati dan benar-benar bekerjasama untuk menyediakan suara politik yang kuat dan majoriti di negara ini?
PAS tidak perlu masuk Barisan Nasional tetapi agenda murni ini patut dapat menyatukan suara parti-parti Melayu. Islam dan perjuangannya dapat diperkukuhkan tanpa menafikan hak warganegara Malaysia yang lain.
MiM bersetuju dengan gesaan Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, perpaduan baik yang terjalin antara BN melalui UMNO dan Pas merupakan langkah terbaik untuk menyatukan umat Islam di negara ini.
Beliau juga berkata, kita mahu nurani, minda umat Islam disatukan dan jangan ada perbezaan dari segi tindakan-tindakan kita, supaya kita dihormati.
Dalam masa yang sama, MiM tidak pasti di mana kebenaran kenyataan di bawah:
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Mohd. Zawawi Salleh dalam sebuah portal berita hari ini mengenai keputusan majlis itu memutuskan bahawa parti tersebut tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan BN.Kita semua tahu bahawa terdapat thin line untuk membezakan di antara kerjasama politik dengan kerjasama lain yang bersifat kebaikan.
Pertama, fundamental politik adalah untuk melakukan kebaikan dan berkhidmat kepada rakyat.
Kedua, mereka perlu sedar bahawa mereka adalah ahli politik dalam parti politik. Maka, mana mungkin politik diketepikan dalam usaha kerjasama ini.
Kesimpulannya, cukuplah dengan cakap-cakap ini. Sekarang kita mahu ia direalisasikan.
ikut berdiskusi pada "YANG TIDAK BENAR TENTANG KERJASAMA PAS - UMNO "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?