Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

ISU MB KEDAH & MUKHRIZ MAHATHIR SELESAI?

Sepanjang 2 - 3 hari ini, beberapa media telah melaporkan perkembangan tentang isu Menteri Besar Kedah.
Di antaranya :  
Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan bahawa krisis politik dalam isu Menteri Besar Kedah hampir menemui jalan penyelesaian selepas beliau mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah. 
Perdana Menteri berkata beliau telah mengemukakan cadangan Umno, dan pengumuman rasmi berhubung isu Menteri Besar akan dibuat dalam masa terdekat.

Selebihnya, Najib yang juga Presiden Umno ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang Jumaat, tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Tetapi sumber dalaman parti berkata, beliau memberi jaminan dalam mesyuarat tertutup bahawa 'semuanya akan selesai'.

Sumber dalaman itu berkata beliau telah memberitahu ahli-ahli MT bahawa hanya tinggal beberapa perkara untuk dilakukan dan penyelesaian akan dicapai 'tidak lama lagi'.

Difahamkan bahawa pertemuan Najib dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah awal hari Jumaat berjalan lancar dan hanya satu nama telah dibentangkan - seterusnya
Selain daripada nama Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, media juga telah melaporkan beberapa nama ADUN UMNO Kedah sebagai calon MB yang baharu. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di sini, pagi tadi. 
Bagaimanapun, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dikatakan tidak tersenarai.  
Menurut sumber, tiga ADUN yang dicalonkan adalah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin. 
Dr Ku Abd Rahman adalah EXCO Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, manakala Mohd Rawi adalah EXCO Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya. Azmi adalah Timbalan Speaker Dewan DUN Kedah. 
Berdasarkan tiga nama itu, Dr Ku Abd Rahman dilihat berpotensi untuk dilantik berdasarkan latar belakangnya selain menjadi Exco paling kanan dalam barisan kepemimpinan kerajaan negeri. 
Difahamkan, 21 ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Selasa lalu di Putrajaya - seterusnya
Di bawah adalah senarai ADUN BN di Kedah : 

Siapakah pilihan anda?

Dan selesaikan ini dengan segera!



SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "ISU MB KEDAH & MUKHRIZ MAHATHIR SELESAI?"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?