Baca : Presiden PAS Dedahkan 3 Kerjasama Najib, Mahathir & UMNO
Yang terbaru ialah kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi yang menempelak parti serpihan PAS.
Media melaporkan kenyataan Che Abdullah bahawa isu gabungan di antara PAS dan Umno tidak pernah berbangkit.
Jelas Exco Kelantan itu, isu gabungan PAS - Umno wujud disebabkan AMANAH yang dipimpin Mat Sabu mahu menyembunyikan kerjasama dijalinkan parti itu bersama DAP.
“Tak pernah ada ura-ura PAS mahu bergabung dengan Umno tapi ia dibangkitkan oleh AMANAH sendiri bagi menutup kemarahan rakyat terhadap kerjasama mereka dengan DAP, atau lebih tepat lagi menjadikan AMANAH sebagai tunggangan DAP untuk mengaburi orang Melayu Islam.
“Orang Melayu marah juga DAP tapi AMANAH mengadakan kerjasama dengan DAP, jadi (AMANAH kata) PAS nak bergabung dengan Umno merupakan fitnah berterusan daripada AMANAH.
"Patut dia (AMANAH) tunjuk kerjasama dia betul-betul dengan DAP dan tidak perlu palitkan orang lain,” katanya - seterusnyaSebenarnya, kita tahu betapa teruknya impak yang terpaksa ditanggung oleh parti DAP tentang isu anti-Melayu dan anti-Islam.
Kita dapat melihat keresahan DAP di dalam beberapa kenyataan kepimpinan mereka yang cuba menafikan sentimen-sentimen negatif ini.
Ironinya, semakin mereka cuba menafikannya, rakyat menjadi semakin percaya bahawa parti DAP memang anti-Islam dan anti-Melayu!
Ianya kerana pemimpin DAP bukannya menjawab isu pokok. Kalau ya pun, jawapannya amat dangkal, tidak boleh diterima dan memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia.
Ianya lebih terserlah apabila pemimpin DAP menggunakan taktik lumrah mereka. Mereka akan buat cerita lain dengan menuding jari kepada pihak lain untuk menutup malu parti atau pun jika mereka tahu jawapan mereka itu tidak masuk akal.
Perangai diversion ini memang satu perkara yang sangat jelas dalam parti DAP.
Lim Guan Eng DAP mendakwa kononnya Umno 'menuduh DAP sebagai parti perkauman merupakan percubaan Umno mengalih tumpuan daripada isu-isu semasa'.
Padahal, isu DAP sebagai parti perkauman ini bukan perkara baharu tetapi sudah diperkatakan sejak dahulu lagi. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah satu doktrin sejarah yang membuktikan betapa rasisnya parti DAP.
Maka, tiada 'percubaan UMNO mengalih tumpuan' seperti yang diomongkan oleh kroni tegar Lim Kit Siang DAP.
Sebaliknya, pihak yang kerap 'mengalih tumpuan' atau suka buat diversion adalah parti DAP!
Sekarang kita pun tahu, rasuah dalam parti DAP adalah sangat teruk seperti yang didedahkan oleh Tunku Abdul Aziz.
Rasuah bermaharajalela di dalam parti itu sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP dengan tanpa malunya melaungkan slogan anti rasuah, kata beliau lagi.
Maka, jika ada pemimpin DAP yang bercakap tentang anti-rasuah, rakyat patut gelakkan sandiwara mereka itu. Malah, banyak lagi nanah busuk dalam DAP yang mesti kita tahu.
Baca : Rahsia Parti - 3 Orang Ini Sangat Ditakuti Oleh DAP
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "PENGAKUAN ! JADI TUNGGANGAN PARTI DAP ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?