Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

PUTAR BELIT & SPIN PORTAL PRO-PEMBANGKANG - KES SAMAN GUAN ENG DAP vs NASRUDIN PAS

Yang mana satu betul dan tepat?
Portal Pro-pembangkang Malaysian Insider tulis 2 laporan berita tentang satu isu saman Guan Eng DAP vs Nasrudin Hassan Tantawi PAS dan intipati laporan kedua-duanya tidak sama!

Laporan pertama portal Malaysian Insider bertajuk Pemimpin PAS tarik balik kenyataan fitnah terhadap Guan Eng
Ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan hari ini menarik balik artikelnya 2 tahun lalu yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. 
Kedua-dua pihak katanya enggan melanjutkan perkara itu, artikel bertarikh 6 Ogos, 2014 yang mengandungi tuduhan tanpa asas terhadap Lim itu ditarik balik.
Kepada sesiapa yang hanya membaca tajuk dan laporan portal pro-pembangkang, mereka sudah pasti akan mengutuk dan menghentam Nasrudin Hassan sebagai pemfitnah dan sebagainya. 

Begitu juga dengan tajuk dan laporan portal pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini yang bertajuk Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang

Tetapi sebenarnya, jika kita baca laporan bertajuk Nasrudin tarik tuduhan terhadap Guan Eng selepas solat 2 rakaat , dalam portal pro-pembangkang yang sama, lain pula tafsirannya. Yang nampak seperti Lim Guan Eng DAP yang terhegeh-hegeh mahu kes ini diselesaikan di luar mahkamah!

Yang sebenarnya, Nasrudin Hassan 'tidak menarik balik artikel' tetapi hanya 'sebahagian daripadanya' sahaja dan bukan 'berunsur fitnah' tetapi hanya sekadar 'yang menimbulkan salah faham' sahaja!

Di antara laporan porrtal pro-pembangkang itu,
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, beliau tidak memohon maaf kepada ketua menteri Pulau Pinang itu tetapi menarik balik sebahagian daripadanya yang menimbulkan salah faham.
Dan pihak Guan Eng DAP meminta kes saman ini diselesaikan di luar mahkamah …… Nasrudin Hassan dirayu sebanyak 2 kali. Yang pertama, beliau dituntut meminta maaf.   

Portal melaporkan, pada jam 10.30 pagi, sekali lagi Nasrudin Hassan dipanggil untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Tetapi Nasrudin tetap tidak akan memohon maaf kerana beliau berkata penulisannya tidak bermaksud memfitnah Lim Guan Eng DAP.

Selepas rundingan diteruskan, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian menerusi rundingan di luar mahkamah itu tanpa Nasrudin memohon maaf  dan menarik balik sebahagian daripada artikelnya sahaja  seperti disiarkan dalam akaun Facebook tahun lalu.

Maka, apakah maksud segalanya ini?

Lim Guan Eng DAP takut berdepan dengan hakim dan Mahkamah?

Dan isu saman Guan Eng DAP pernah terbatal apabila Pendaftar Mahkamah membatalkan saman disebabkan kegagalan Peguam Guan Eng untuk menandatangani Writ Saman yang menjadikan dokumen tersebut tidak sah untuk didaftarkan di Mahkamah. 
Untuk rekod, pada 6 Ogos 2014, Nasrudin mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus. 
Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
Dan sehingga artikel ini ditulis, artikel tersebut masih ada dalam Facebook Nasrudin Hassan!

Daripada keseluruhan artikel yang bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?', mana satu yang sebenarnya 'ditarik balik sebahagiannya'?



SHARE ke whatsapp :








Related Posts :

ikut berdiskusi pada "PUTAR BELIT & SPIN PORTAL PRO-PEMBANGKANG - KES SAMAN GUAN ENG DAP vs NASRUDIN PAS "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?