Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

SERANGAN BUNUH DIRI MILITAN DI MALAYSIA - YANG RAKYAT MESTI TAHU !

Isu ancaman keganasan di negara ini bukan satu perkara yang ringan tetapi mesti diambil berat oleh rakyat negara ini. 
Sebelum ini, media perdana telah melaporkan kejayaan Polis Diraja Malay­sia mematahkan ran­cangan seorang lelaki untuk melancarkan serangan bunuh diri.
Dan kejayaan polis mematahkan cubaan serangan berani mati di negara ini yang diarahkan oleh kumpulan mi­litan Negara Islam (IS) dan beliau merupakan antara empat anggota kumpulan militan itu yang ditahan dalam operasi khas di sekitar Selangor dan ibu negara.


Perkara ini serius dan bukannya seperti kenyataan biadap, keterlaluan dan kurang ajar Tian Chua PRK tentang insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebelum ini. 

Ahli politik PKR itu telah diselar dan dikutuk kerana memfitnah kononnya 'insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah adalah konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat'.

Realitinya, rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi mesti bersatu menyokong usaha-usaha kerajaan dalam menangkis ancaman keganasan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat perlu melihat serangan pengganas di Jakarta, Indonesia; Burkina Faso; Paris; Istanbul, Turkidan beberapa negara lain sebagai contoh yang sangat mengancam keselamatan sejagat. 
Katanya, rakyat Malaysia perlu bersatu tenaga bersama-sama menyokong kerajaan untuk membanteras sebarang unsur-unsur keganasan dan radikal yang boleh menghancurkan keharmonian dan keamanan negara.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut berikrar akan menentang keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji memberikan kerjasama penuh melalui pasukan tentera.

“Ini adalah peperangan baharu yang perlu kita hadapi. Perang terhadap keganasan yang menuntut rakyat bersatu, bukan untuk politik tetapi untuk kepentingan dan kedaulatan negara. 
"Kita mesti yakin dan percaya dengan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan kita dalam menjalankan tugas mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, setiap rakyat Malaysia mesti terus berwaspada terhadap ancaman keganasan selain membenarkan pasulatan keselamatan menjalankan tugas masing-masing menjaga keamanan negara tanpa perasaan curiga dan prasangka. 
Belaiu mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang bukan sahaja boleh menyebabkan kekeliruan tetapi juga salah faham mengenai hal ehwal dalaman negara.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan negara. Yakinlah bahawa pasukan keselamatan kita sentiasa melindungi kita sepanjang masa, siang dan malam,” katanya - sumber
Dan apabila berlakunya rancangan serta penangkapan ini, kita baru sedar betapa pentingnya akta-akta seperti Akta Kesalahan Kese­lamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan rang un­dang-undang Majlis Kesalamatan Negara yang digubal kerajaan.

MiM juga percaya bahawa puak pembangkang dan NGO pro-pembangkang yang sebelum ini mengritik dan tidak menyokong akta-akta ini juga akan terdiam membisu.  
 

Dan mereka ini akan cepat menuding jari kepada kerajaan BN jika ada apa-apa berlaku dalam negara ini padahal merekalah yang menyusahkan dan menolak perlaksanaan akta-akta keselamatan tersebut!

Baca : 2 Video Letupan Bom Di Jakarta Yang Viral Dalam Media Sosial




SHARE ke whatsapp :






Related Posts :

ikut berdiskusi pada "SERANGAN BUNUH DIRI MILITAN DI MALAYSIA - YANG RAKYAT MESTI TAHU ! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?