
Seorang lelaki berusia 63 tahun ditemui tergantung dengan tali dileher di sebuah bilik sewa rumah murah petang kelmarin.
Mangsa Lee Wing, dijumpai oleh jiran biliknya tergantung pada penyangkut kipas dinding dengan menggunakan tali wayar berwarna hitam ketika menghantar makanan di bilik mangsa.
Mangsa telah tinggal di bilik tersebut lebih kurang dua tahun dengan harga sewa sebanyak RM450 dan telah berhutang bayaran sewa sebanyak enam bulan serta tidak mempunyai pekerjaaan.
Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai telah menggunakan tali tersebut mengikat lehernya dan kemudian menggunakan tong sampah dan berdiri diatas tong sampah tersebut dan dipercayai mangsa telah melompat untuk mengantungkan diri. ”
Anggaran ketinggian leher mangsa tergantung pada penyankut kipas lebih kurang 3 kaki, manakala anggaran ketinggian penyangkut kipas ke lantai 7 kaki 5inci. Semasa badan mangsa tergantung bahagian kaki berjinjit di atas tilam,” katanya.
Tiada kesan jenayah dijumpai di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.
ikut berdiskusi pada "LELAKI DITEMUI TERGANTUNG DI KOTA KINABALU"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?