[7 FOTO] NGERI ! Hanya Kerana Membuat BISING, Lihat Apa Yg Terjadi Pada 5 Kanak-Kanak Ini
Gambar nombor 3 tu paling ngeri ! Serius tak sanggup nak tengok ! Memang ZALIM ! Sanggup dia buat sampai macam tu sekali !
Chiang Mai (Thailand): Empat budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera.
Menurut The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.
Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.
AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.
Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.
Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia cedera.
Related Posts :
Teleskop Hubble Ambil Citra Gugus Bintang Trumpler 14 Yang Tampak Seperti PermataCitra kluster bintang Trumpler 14 yang diambil teleskop HubbleAstroNesia ~ Bintang tunggal sering di… Read More...
MUKHRIZ MAHATHIR MB KEDAH KE-3 DIMINTA LETAK JAWATAN !Mukhriz Mahathir adalah Menteri Besar Kedah yang ke-3 diminta meletak jawatan. Sebelum ini,&nbs… Read More...
Subhanallah ! Penjawat Awam Ditahan Ketika Baru Menamatkan Tiga Pusingan....Gambar HiasanMelaka: “Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga ana… Read More...
PERHATIAN ! Jangan Lakukan 15 Perkara Ini Pada Tahun 2016 ! No 2 Tu Wajib Ikut !PERHATIAN ! Jangan Lakukan 15 Perkara Ini Pada Tahun 2016 ! No 2 Tu Wajib Ikut !Pakar ekonomi beria-… Read More...
Nahas Jalanraya Sandakan -Isteri Maut, Suami ParahSANDAKAN - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas kereta mereka terbabas dan melanggar… Read More...
ikut berdiskusi pada "[7 FOTO] NGERI ! Hanya Kerana Membuat BISING, Lihat Apa Yg Terjadi Pada 5 Kanak² Ini"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?