Dan yang memalukan ialah sesama mereka yang berdemo pun tidak sebulu dan bertelagah! Yang jelasnya ialah apabila Tian Chua PKR di 'boo' semasa memberi ucapan!
Lihat video di bawah:
Sebahagian besar penunjuk perasaan pula adalah ahli PAS dan ia jauh lebih rendah daripada kehadiran yang mampu digerakkan parti berkenaan seperti sebelum ini.Portal pro-pembangkang juga melaporkan bahawa satu lagi sebab mengapa demo anti-TPPA tidak mendapat sambutan ialah kegagalan DAP menggerakkan ahli bawahannya.
Ironinya, kita sudah melihat apabila penyokong-penyokong DAP naik syok dan keluar beramai-ramai semasa Beersih 4.0 hingga menyebabkan demo tersebut menjadi berat sebelah. Kehadiran majoriti kaum Cina pro-DAP begitu terserlah dan berlaku aksi-aksi kurang ajar daripada mereka.
![]() |
Ahli politik DAP yang hadir |
Bagi MiM, demo tajaan Pakatan Pembangkang ini sebenarnya membuka pekung busuk Ahli-ahli Parlimen Pakatan itu sendiri. Mereka gagal menyuarakan pandangan mereka melalui saluran yang sah iaitu parlimen.
Sebaliknya, mereka peralatkan orang ramai dan NGO untuk menutup ketidakmampuan mereka sendiri.
Dan kebiadapan puak-puak Beersih pro-DAP ini telah menyebabkan berlakunya Himpunan Baju Merah.
Dan perhimpunan Baju Merah adalah jauh lebih ramai dan gempar jika di bandingkan dengan demo tak menjadi pembangkang.
ikut berdiskusi pada "VIDEO : TIAN CHUA PKR DIKUTUK 'BOOOO' !!! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?