Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

Dakwaan Di Sosial Media TDAK BENAR - Pengurus


KOTA KINABALU: Pihak pengurusan pusat beli-belah Imago menafikan maklumat berkenaan lif di bangunan terbabit yang dikatakan terjatuh dan disebarkan menerusi media sosial Facebook serta aplikasi WhatApps.

Pengurus Imago cawangan Kota Kinabalu Carriek Chong berkata, maklumat berkaitan lif yang dikatakan terjatuh dari tingkat satu bangunan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

“Apa yang berlaku sebenarnya lif berkenaan sedang diselenggara oleh pihak pengurusan lif dan bukan terjatuh seperti disebar dan dikongsikan di Facebook sejak Selasa lalu.

“Kekeliruan mungkin berlaku disebabkan kesilapan pihak pengurusan lif tidak meletakkan sebarang penghadang di hadapan pintu lif yang sedang diselenggara bagi menghalang orang awam daripada menggunakan lif berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya amat kesal dengan kejadian itu sehingga menimbulkan salah faham daripada pengunjung Pusat Beli-Belah Imago.

Menurutnya, kejadian itu turut disiasat pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan hasil siasatan mendapati kejadian terbabit tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada sesiapa.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai agar tidak menyebarkan perkara berkenaan secara berpanjangan kerana ia berkemungkinan besar menjejaskan reputasi pusat beli-belah berkenaan.

Sumber : SMS NEWS PORTAL

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "Dakwaan Di Sosial Media TDAK BENAR - Pengurus"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?