MiM merujuk kepada printscreen di bawah yang disebarkan di dalam whatsapp. Kepada sesiapa yang hanya membaca tajuk artikel sahaja, mereka tentu akan menuduh TPM DS Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan seperti tajuk tersebut.
Tetapi jika kita rujuk kepada sumber 'berita' ini, DS Ahmad Zahid Hamidi tidak ada pun dalam laporan berita tersebut!Cerita yang sebenarnya ialah tentang kenyataan Datuk Haaziq Pillay dalam rancangan Malaysia Hari Ini - MHI dalam satu segmen yang bertajuk 'Mempertahankan Diri Dari Ancaman di Malaysia'.
Menurut peguam tersebut, undang-undang memperuntukkan setiap rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan harta mereka daripada ancaman dari pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi ada beberapa sekatan-sekatan yang perlu diambil kira.
Inilah masaalah media sosial negara ini. Ada di antara kita yang terlalu malas untuk mengetahui isi kandungan sesuatu laporan berita itu dan hanya membaca tajuknya sahaja.
Sudah tentu kita akan tersalah tafsir tentang isu yang sebenarnya. Malah, komen kita mungkin akan dikongsi dengan orang lain dan terjadilah isu yang viral tetapi tidak tepat dan menjadi fitnah.
Dalam isu ini, Ahmad Zahid Hamidi difitnah.
Malah, sejak kebelakangan ini terdapat banyak 'laporan' dalam media sosial yang telah diputar belit dan dispin oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan kepimpinan UMNO dan BN.
Kononnya ada sumber tetapi sebenarnya sumber tersebut tidak wujud atau pun memberi maklumat yang tidak tepat dan beransur fitnah.
Contohnya : BACA SINI
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "TPM DS ZAHID HAMIDI DIFITNAH LAGI ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?