Siapa yang tidak kenal dengan modus operandi spin dan putar belit portal-portal pro-pembangkang seperti SorosKini MalaysiaKini dan MeluatInsider MalaysianInsider.
Apa sahaja berita yang boleh disensasikan, akan dilaporkan oleh portal-portal tersebut. Yang terbaru ialah kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah disalah laporkan oleh portal pro-pembangkang.Rahman Dahlan dilaporkan berkata 'Putrajaya tiada kuasa menghalang pemaju daripada membina perumahan mahal berbanding mampu milik kerana Malaysia bukanlah sebuah negara komunis'.
Padahal, yang sebenarnya ialah kenyataan Rahman Dahlan itu merujuk kepada satu soalan provokasi wartawan yang menanya supaya kerajaan menghalang (ban) pemaju daripada membina perumahan mahal dan bukannya merujuk kepada titah Sultan Perak.
Anda boleh rujuk printscreen di bawah :
Dan logiknya, negara demokratik dan bukan komunis seperti negara Malaysia ini sudah tentu tidak boleh melakukan perkara sedemikian ke atas satu perniagaan yang sah dari segi undang-undang negara ini.
Malah, isunya bukan 'kerajaan boleh lakukan ialah merayu kepada pemaju' sahaja seperti yang dispin oleh portal pro-pembangkang.
Realitinya, kerajaan bukan 'merayu' dan tidak pernah sesekali melepas tangan sahaja dengan membiarkan perkara ini berlaku sewenang-wenangnya. Malah, kerajaan telah menggariskan beberapa peraturan ke atas pihak pemaju seperti 20 - 50% perumahan mampu milik.
Lihat printscreen di bawah :
Malah sebenarnya, banyak lagi kenyataan Rahman Dahlan yang tidak dilaporkan oleh portal pro-pembangkang.
Dan jawapan beliau kepada titah Sultan Perak yang menegur tindakan pemaju kerana dilihat lebih berminat membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan besar, Abdul Rahman mengingatkan pemaju memberi fokus kepada pembinaan rumah mampu milik kerana ia mempunyai permintaan tinggi rakyat pada masa ini.
"Pemaju seharusnya tidak hanya membina rumah 'bertaraf lima bintang' kerana pembinaan rumah mampu milik juga mampu memberi keuntungan berdasarkan permintaannya yang tinggi,” katanya - seterusnyaRakyat tentu terfikir, betapa teruknya etika kewartawanan yang dimiliki oleh portal-portal pro-pembangkang.
Dan seperti yang MiM sarankan sebelum ini, kerajaan BN dan parti BN sepatutnya tidak lagi membenarkan portal-portal ini untuk hadir dalam program dan sidang akhbar mereka.
Juadah dan makanan harian mereka ialah untuk memutarbelit dan memburuk-burukkan kepimpinan BN dan kerajaan.
Yang perlu di 'ban' sebenarnya ialah portal-portal pro-pembangkang ini!
Dalam masa yang sama, MiM mengagak, akan ada kepimpinan Pembangkang terutamanya parti DAP di Pulau Pinang yang akan 'menumpang' ke atas laporan sensasi portal pro-pembangkang ini jika mereka disoal tentang isu rumah mampu milik.
Biasalah begitu …… menunding jari ke atas pihak lain adalah salah satu perangai buruk DAP.
ikut berdiskusi pada "SATU LAGI SPIN JAHAT PORTAL PRO-PEMBANGKANG ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?