Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

SATU LAGI FITNAH TERHADAP KERAJAAN BN !

Sebelum ini, satu portal tentang mendakwa kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya mulai Disember 2016 ini. 
Kononnya, sumber portal itu mendapat maklumat tersebut apabila menghadiri satu mesyuarat. Sumber kedua portal itu pula kononnya mengesahkan dakwaan sumber tersebut.

Rupa-rupanya, laporan portal ini adalah fitnah semata-mata!

Bernama melaporkan:
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menafikan laporan bahawa penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang Disember tahun ini. 
Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini. 
"Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti," katanya dalam kenyataan di sini - seterusnya
Di saat MiM menulis artikel ini, portal tersebut masih lagi menyiarkan laporan palsu tersebut. 

MiM berharap agar kita lebih berhati-hati apabila membaca laporan berita di dalam media sosial. Kita tidak boleh begitu senang mempercayai sesuatu berita tersebut atau membaca tajuknya sahaja.

Kita mesti pastikan kesahihan berita tersebut terutamanya apabila membaca berita daripada portal-portal pro-pembangkang seperti SorosKini MalaysiaKini atau pun MerapuInsider Malaysian Insider dan spin serta putar belit mereka.

  
SHARE ke whatsapp :







ikut berdiskusi pada "SATU LAGI FITNAH TERHADAP KERAJAAN BN ! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?