Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan UMNO selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik.Abdul Hadi telah mendedahkan 3 kerjasama yang telah dijalinkan dengan UMNO.
Di antaranya ialah semasa konflik di Yaman di mana kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan Malaysia membantu Abdul Hadi secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut. Puak-puak yang bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian.
"Maknanya pada masa itu kita (PAS) telah jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya UMNO," katanya.
Abdul Hadi juga berkata beliau pernah berkongsi pandangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa.
"Antaranya saya telah beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh Islam negara itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama.
"Kita juga sidang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalin, takkan tak boleh.Kenyataan Abdul Hadi ini sudah pasti akan menyebabkan parti DAP panas punggung. Dan yang pastinya, kerjasama di antara UMNO dan PAS bukan lagi omongan kosong.
"Takkanlah nak bersalam pegang tangan pun tak boleh," jelasnya.
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "PRESIDEN PAS DEDAHKAN 3 KERJASAMA DENGAN NAJIB , MAHATHIR & UMNO !"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?