Sungguh memeranjatkan! RoketKini, lidah rasmi parti chauvinis DAP memaparkan kenyataan individu kontroversi bernama Wan Ji Wan Hussin.
Untuk rekod, 'pendakwah bebas' Wan Ji sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara ini dan mengkritik tindakan KDN yang melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Ianya sama dengan tindakan Lim Guan Eng dan DAP yang menggesa Kerajaan Persekutuan BN membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam bible versi bahasa Melayu.
Wan Ji juga telah mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali. Maruah serta kedaulatan raja-raja Melayu dicabar menerusi klip video beliau yang memaparkan perancangan pihak tertentu bagi menghapuskan secara total sistem kesultanan di negara ini
Ironinya, individu ini yang dijadikan bahan untuk portal itu! Apakah beliau akan masuk parti DAP?
Lidah rasmi DAP itu mendakwa kononnya 'manipulasi sentimen agama yang didalangi propaganda UMNO BN terhadap DAP antara punca parti pembangkang itu dipandang serong dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam termasuk fitnah isu Israel'.
Roketkini berbohong kononnya isu Israel adalah oleh UMNO padahal ianya adalah kenyataan pemimpin PAS yang bersandarkan kepada kenyataan bekas staf Lim Guan Eng DAP.
Dan isu rakyat menolak parti chauvinis DAP ini bukan satu perkara yang baru. Kita pun sedia maklum bahawa calon DAP menang di tempat yang majoritinya kaum Cina.
Kita hairan kenapa Wan Ji tidak tahu sejarah hitam parti DAP yang membakar isu-isu perkauman yang sangat melampau hingga berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Penolakan parti DAP adalah disebabkan oleh sejarah hitam, kotor dan jijik mereka itu.
Dan sehingga ke hari ini, parti ini tidak pernah meminta maaf kepada rakyat di atas sikap perkaumanan melampau dan kurang ajar mereka hingga melangkar sejarah hitam yang paling buruk di negara Malaysia.
Malah, penolakan rakyat terhadap parti DAP adalah juga disebabkan oleh beberapa isu yang menghantui parti chauvinis itu.
Di antaranya ialah isu kerajaan DAP Pulau Pinang yang berdepan dengan pelbagai kontroversi, ketidakcekapan dan skandal yang melibatkan billion ringgit wang rakyat.
Bukan itu sahaja, Pulau Pinang telah menyaksikan sikap hipokrik dan double standard DAP dan kaum Melayu seperti pihak peniaga kecilnya yang ditindas.
Secara prinsipnya juga, parti DAP tidak mengamalkan suara majoriti dan demokrasi. Pemimpin yang tidak mendapat undi majoriti dalam pemilihan semula CEC diberi jawatan tertinggi dalam parti itu.
Struktur kepimpinan parti DAP juga menyerlahkan perkauman yang sangat jelas dan tidak seimbang.
Dan beginikah perangai pemimpin tertinggi parti DAP yang mahu disokong?
Lihat video di bawah :
Ya betul. DAP adalah parti yang patut ditolak oleh semua rakyat Malaysia.
SHARE ke whatsapp :
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
ikut berdiskusi pada "PERISTIWA BERDARAH, PERANGAI BURUK PEMIMPIN DAP & LIDAH RASMINYA ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?