Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan memberi kata putus bahawa parti itu tidak akan sesekali menyertai gabungan Pakatan Harapan.
Jelas Takiyuddin, PAS tidak mahu lagi bersekongkol dengan DAP yang sering menyerang parti itu dan menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan mereka.
Terbaru, bekas pengasas bersama kelab penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memegang jawatan Presiden parti Islam itu.Pengakuan PAS ini sudah terlambat dan terhantuk baru terngadah. Bila dihina dan dikutuk baru parti PAS mahu dengar nasihat kita yang sering kali memberi amaran kepada PAS supaya tidak terpedaya dengan politik kotor paryti chauvinis DAP.
“Hu Pang Chaw cakap seolah-olah PAS hendak sangat menyertai Pakatan Harapan, macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
“Dan saya nak nyatakan, bukan Presiden yang tak mahu sertai tetapi hasrat pimpinan lain juga,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor - sumber
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad memberi ingatan supaya semua pihak berhenti berharap yang PAS akan bergabung dengan Pakatan Harapan, (PH) .
Menurutnya, tiada keuntungan yang akan diperolehi jika bergabung dengan tiga parti dalam PH itu jika akan terus dipergunakan serta sekadar menjadi kuda tunggangan DAP seperti sebelum ini.
“Apa guna sertai Pakatan Harapan? PAS telah putus dengan DAP dan sentiasa diserang oleh AMANAH dan DAP.
“Bagaimana hendak bekerjasama?”soalnya menerusi WhatsApp kepada BNBBC.my bagi mengulas harapan pelbagai pihak yang masih menginginkan penggabungan di antara PAS dengan Pakatan Harapan.
Pada peringkat permulaan, PKR mengumumkan gabungan tersebut bersama DAP dan AMANAH bagi menggantikan PAS.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng i untuk mereka melalui akaun twitternya menyatakan yang beliau berharap gabungan baharu itu akan dapat membawa fenomena baharu dengan adanya AMANAH yang mampu menarik undi iskandar abdul samad phbangsa Melayu sebagai ganti kepada PAS.Sungguh memalukan dan ada hati mereka mahu tadbir negara ini. Hancur negara!
Kenyataan itu bagaimanapun mula bercanggah apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan yang pihaknya masih mengharapkan PAS menyertai gabungan itu.
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "PENGAKUAN JADI KUDA TUNGGANGAN DAP !"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?