Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

MULUT CELUPAR ! 'INI BUKAN TANAH BAPA KAMU' !

Anda baca laporan ini:
Parti Gerakan negeri melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu berkenaan penganjuran sambutan perayaan masyarakat Cina di kawasan Chew Jetty di sini. 
Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak sopan, Setiausahanya, Oh Tong Keong berkata, tindakan Guan Eng yang menyentuh mengenai pemilikan tanah dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut juga memperlihatkan sikap angkuh Ketua Menteri berkenaan. 
Menurut beliau, kenyataan itu juga seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri mahu memusuhi rakyat di negeri ini khususnya penduduk di Chew Jetty. 
“Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan untuk dilakukan pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sebelum pilihan raya mereka bersungguh-sungguh menyatakan mahu menubuhkan kerajaan rakyat. 
“Tetapi setelah berkuasa, mereka langsung tidak mengendahkan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Beliau mengulas mengenai laporan yang tersebar secara meluas di laman sosial berhubung kenyataan Guan Eng dalam reaksi terhadap bantahan penduduk Chew Jetty yang membantah hasrat Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu menganjurkan Festival Kebudayaan dan Warisan di kawasan mereka. 
Dalam reaksi itu, Guan Eng dilaporkan berkata: “Ini bukan tanah bapa kamu” selepas penduduk Jetty Chew tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri tersebut kerana bertembung dengan sambutan tahunan Thni Kong Seh iaitu hari ulang tahun kelahiran Maharaja Jade yang dianjurkan penduduk tempatan.
Lihat video :


Laporan media seterusnya:
Tindakan itu mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya penduduk di Chew Jetty yang turut mengingatkan Guan Eng yang mana tanah-tanah di negeri ini juga bukan milik beliau atau bapanya, Lim Kit Siang.  
Dalam pada itu, Toh Keong berkata, kenyataan Guan Eng tersebut sekiranya benar seperti dilaporkan, adalah sesuatu yang kasar dan tidak sepatutnya diucapkan khususnya dalam masyarakat Hokkien.
Menurut beliau, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng sepatutnya mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan sebarang pertikaian bersama rakyat, bukannya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat. 
"Sepatutnya dalam menyambut apa juga perayaan, kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri mestilah bersama dengan rakyat, bukannya terus bermain politik kerana yang terkesan adalah rakyat sendiri,” katanya.- Utusan
Cuba kita bayangkan jika kenyataan 'ini bukan tanah bapa kamu' dinyatakan oleh pemimpin BN. Pakatan Pembangkang akan melompat mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah pemimpin tersebut. Parti BN akan diseret sekali dan portal-portal pro-pembangkang akan memanjangkan isu ini hingga pemimpin itu terpaksa meminta maaf. Dan jika meminta maaf pun, portal-portal itu akan manambahburukkan imej pemimpin itu.

Tapi bila kenyataan itu daripada mulut 'Tokong' DAP, mereka tidak mensensaikannya termasuk media The STAR, milik MCA. 

Dalam masa yang sama, tindakan DAP ini juga telah mencabuli janji parti chauvinis ini yang kononnya parti yang mementingkan rakyat. 

Bukan isu ini sahaja tetapi ada lagi isu yang menunjukkan parti chauvinis ini telah membelakangi hasrat rakyat Pulau Pinang dan pihak NGO yang membantah projek billion ringgit wang rakyat yang masih mahu dijalankan oleh parti chauvinis DAP itu.

Anda lihat juga video di bawah :


Sepatutnya, rakyat Pulau Pinang terutamanya kaum Cina menolak parti DAP ini dan tidak lagi menyokong DAP di PRU14 yang akan datang. Tetapi MiM jangka, mereka akan terpedaya juga dan masih mahu menyokong parti yang bukan sahaja zalim tetapi autokratik, tokongisme dan tidak adil.


  
SHARE ke whatsapp :







ikut berdiskusi pada "MULUT CELUPAR ! 'INI BUKAN TANAH BAPA KAMU' ! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?