Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

GUAN ENG DAP MENGUMPAT TAPI SOKONG POLISI KERAJAAN BN !!

Rupa-rupanya, Lim Guan Eng DAP pun setuju dengan polisi kerajaan Barisan Nasional. Apakah ianya bermakna, kroni tegar Lim Kit Siang DAP ini tali barut Barisan Nasional?
Dalam ucapan tahun barunya, Setiausaha Agung DAP itu bersetuju dengan usaha murni kerajaan BN yang memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat. 

DAP sekali lagi membohongi rakyat dengan kenyataan di bawah: 
The TMP was undertaken at the Penang state government’s initiative following the failure of the BN federal government to fulfil its promises made 3 times in 8 years to build the LRT, but was never implemented.
Yang disembunyikan oleh kroni tegar Lim Kit Siang DAP ini ialah pembinaan sistem LRT ini akan ditunaikan hanya jika BN memerintah negeri Pulau Pinang pada PRU13 yang lepas. Tetapi sekarang, Pakatan dan DAP adalah pemerintah negeri ini. Perkara asas ini gagal dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP itu.


Malah sebelum ini, Lim Guan Eng DAP dengan angkuhnya berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mahu lagi mengharapkan kerajaan persekutuan untuk membantu mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri ini.

Media melaporkan kenyataan Lim Guan Eng DAP yang berkata, pihaknya tidak mahu merungut lagi tentang perkara ini. Baca Sini


Tetapi sekarang, Guan Eng ungkit balik dan merungut sekali lagi tentang perkara ini. Apa punya perangai Setiausaha Agung DAP ini? 

Keangkuhan kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng ini sangat memualkan dan amat melampau. Yang menghairankan ialah boleh pula Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri menjual tanah untuk mendapatkan bilion ringgit bagi membiayai projek-projek super mega yang dipertikai oleh rakyat negeri!

Yang lebih memualkan ialah Lim Guan Eng DAP terlupa (atau buat-buat lupa) yang DAP sendiri telah mungkir janji membohongi rakyat. Beliau ibarat 'menjilat ludah di muka sendiri' dan memungkiri Manifesto Pakatan Pembangkang itu sendiri yang tidak akan menaikkan tarif air. 

Tetapi tarif air dinaikkan dan rakyat Pulau Pinang dipersalahkan. Rakyat juga yang dipersalahkan. Kononnya, kenaikan tarif air ini adalah 'untuk mendidik rakyat Pulau Pinang'. 



DAP telah mungkir janji.  

Lim Guan Eng DAP juga menunding jari dengan menyalahkan kerajaan persekutuan apabila berlaku banjir besar di Pulau Pinang. Begitu mudah beliau cuci tangan padahal sebelum ini telah timbul banyak punca yang sebenarnya menunjukkan kelemahan Lim Guan dan kerajaan DAP negeri sendiri!

Media telah melaporkan bahawa wujudnya kawasan yang tidak pernah berlaku bencana banjir kerana kelemahan perancangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang!

“Ada kawasan-kawasan yang tidak pernah berlaku banjir tetapi dilanda bencana itu sekarang. 
“Ini menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap seperti mana yang sering dilaung-laungkan,” kata Dato' Jaharah Hamid.
Nampaknya, tabiat 'menuding jari' Lim Guan Eng DAP ini semakin menjadi-jadi. Setiausaha Agung DAP ini mungkin terlupa bila beliau tuding jari kepada orang lain, jari-jari lain tuding balik ke diri beliau sendiri!






SHARE ke whatsapp :







Related Posts :

ikut berdiskusi pada "GUAN ENG DAP MENGUMPAT TAPI SOKONG POLISI KERAJAAN BN !! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?